janjang | progression | Jujukan nombor yang mengikut petua matematik. Contohnya, janjang aritmetik: 2, 4, 6, 8, …, janjang geometri: 5, 10, 20, 40, … | Menengah Atas |
nombor genap | even number | Nombor yang boleh dibahagi dengan 2. Contohnya, 2, 4, 6, 8, ... . | Menengah Rendah |
nombor genap | even number | Nombor bulat yang boleh dibahagi dengan dua tanpa baki. Contoh, 2, 4, 6, 8, 10, 12, … | Sekolah Rendah |
set | set | Sekumpulan unsur yang mempunyai ciri-ciri tertentu. Set ditulis menggunakan tatatanda set { }. Contohnya, {2, 4, 6, 8} merupakan set yang terdiri daripada nombor genap kurang daripada 10. | Menengah Atas |
median | median | Nilai di tengah-tengah bagi satu set data yang disusun mengikut tertib. Contohnya, bagi set data 3, 4, 5, 8, 9, median = 5. | Menengah Rendah |
sebutan | term | 1. Setiap kuantiti dalam suatu ungkapan yang melibatkan tanda + atau −. Contohnya, 5x + 3y − z mempunyai tiga sebutan, iaitu 5x, 3y dan z. 2. Suatu nombor atau perkara yang disenaraikan dalam suatu jujukan. Contohnya, dalam jujukan 2, 4, 6, 8, ..., sebutan pertama ialah 2, sebutan kedua ialah 4, dan seterusnya. | Menengah Rendah |
dividen | dividend | Nombor yang boleh dibahagi dengan nombor yang lain. Contohnya, 8 ÷ 4 = 2. Oleh itu, 8 merupakan dividen. | Menengah Atas |
berturutan | consecutive | Perihal sekumpulan sebutan yang berturut-turut dalam sesuatu jujukan. Contohnya, 5, 6, 7, 8 merupakan 4 nombor asli berturutan. | Menengah Rendah |
digit | digit | Simbol asas dalam sistem penomboran iaitu 0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9. Contohnya, nombor 45 651 mempunyai lima digit. | Menengah Rendah |
digit | digit | Simbol yang digunakan atau digabungkan untuk membentuk nombor dalam sistem penomboran. 0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9 ialah 10 digit dalam sistem perpuluhan. Contohnya, nombor 124 651 mempunyai enam digit. | Menengah Atas |