punca kuasa tiga | cube root | Jika a = b × b × b, maka b ialah punca kuasa tiga a. Simbol bagi punca kuasa tiga ialah ∛ . Oleh itu, ∛ a = b. | Menengah Atas |
punca kuasa dua | square root | Jika a = b × b, maka b ialah punca kuasa dua a. Simbol bagi punca kuasa dua ialah √ . Oleh itu, √ a = b. | Menengah Atas |
ketaksamaan linear | linear inequality | Ketaksamaan yang melibatkan ungkapan linear seperti ax + b > 0, ax + b < 0, ax + b ≥ 0 atau ax + b ≤ 0, dengan a ≠ 0, a, b dan c ialah pemalar. | Menengah Atas |
pemfaktoran | factorisation | Proses mencari faktor-faktor bagi sebarang ungkapan, atau sebutan algebra. Contohnya, (i) pq + pr = p(q + r). (ii) a² - b² = (a - b) (a + b). | Menengah Rendah |
akas | converse | Pernyataan yang merupakan kebalikan bagi pernyataan yang lain. Contohnya, "Jika A dan B ialah nombor ganjil, maka hasil darab A dengan B ialah nombor ganjil". Akasnya ialah "Jika hasil darab A dengan B ialah nombor ganjil, maka A dan B ialah nombor ganjil". | Menengah Atas |
fungsi linear | linear function | Fungsi yang berbentuk f (x) = ax + b, dengan a, b ialah pemalar dan a ≠ 0. Graf fungsi linear berbentuk garis lurus. Lihat rajah | Menengah Atas |
unsur set | element of a set | Nombor, huruf atau objek yang dikandung oleh suatu set. Contohnya, unsur set {a, b, c} ialah huruf a, b, dan c. | Menengah Atas |
lajur | column | Susunan menegak dalam suatu jadual. Contohnya, A, B, C termasuk dalam lajur pertama bagi jadual di bawah. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
kembangan | expansion | Hasil pendaraban dua ungkapan algebra dalam kurungan. Contoh: (i) a ( b + c ) = ab + ac (ii) ( x + 2 ) (x − 3) = x² − x − 6 | Menengah Rendah |
ungkapan kuadratik | quadratic expression | Ungkapan dalam bentuk am ax² + bx+ c, dengan a, b dan c ialah pemalar dan a ≠ 0. | Menengah Atas |