Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : tidak sempat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Tak dan

Puisi
 

Kami tak tahu padi tak jadi,
     Beli juga beras perahu;
Kami tak tahu orang tak sudi,
     Balas juga dengan tak tahu.


Lihat selanjutnya...(814)
Peribahasa

Tak ada kusut yang tak selesai,
     tak ada keruh yang tak jernih.

Bermaksud :

Sekalian perselisihan besar dan kecil dapat didamaikan.

 

Lihat selanjutnya...(75)

11

A bad workman always blames his tools

Orang yang tidak pandai melakukan sesuatu pekerjaan biasanya enggan mengakui kelemahan diri tetapi sebaliknya menyalahkan alat yang digunakan pula.

Tak tahu menari, dikatakan lantai jungkang -jungkit.

She apologized for the burnt cookies, saying that her oven was an old model. Incompetent people always blame other things for their failures. As the saying goes, a bad workman always blames his tools.

Dia meminta maaf kerana biskut tersebut hangus. Alasannya ialah ketuharnya model lama. Orang yang tidak mahir sering menyalahkan benda lain atas kegagalan mereka, bak kata pepatah tak tahu menari, dikatakan lantai jungkang -jungkit.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(17)

Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
nombor nyatareal numberSebarang nombor nisbah dan tak nisbah kecuali nombor kompleks.Menengah Atas
tanda tak serupaunlike signsTanda yang berbeza dalam sesuatu ungkapan. Contohnya, + dan -, × dan ÷.Menengah Rendah
nombor tak nisbahirrational numberNombor yang tidak dapat dinyatakan sebagai hasil bahagi dua integer. Bahagian perpuluhan nombor ini tak terhingga dan tidak berulang.Menengah Atas
sinarrayBahagian garis yang bermula dari satu titik dan memanjang tak terhingga pada satu arah.Menengah Atas
sinarrayBahagian garis yang bermula dari satu titik dan memanjang tak terhingga pada satu arah.Menengah Rendah
pemboleh ubah bersandardependent variablePemboleh ubah yang nilainya bergantung pada nilai pemboleh ubah tak bersandar. Contohnya, dalam rumus y = x + 2, pemboleh ubah bersandar ialah y dan pemboleh ubah tak bersandar ialah x.Menengah Atas
pengamiranintegrationProses untuk mencari kamiran sama ada kamiran tentu atau kamiran tak tentu dan merupakan proses songsangan bagi pembezaan.Menengah Atas
nombor nyatareal numberSebarang nombor yang terletak pada garis nombor yang meliputi nombor nisbah dan nombor tak nisbah.Menengah Rendah
sebutan tak serupaunlike termsSebutan yang mempunyai pemboleh ubah yang sama dengan kuasa yang berbeza, atau mempunyai pemboleh ubah yang berbeza dengan kuasa yang sama. Contohnya, (i) 5x dan 5x² (ii) 2x² dan 3y².Menengah Atas
tak seragamnon-uniformPerihal tidak sama dari segi jenis dan bentuk dalam konteks kualiti atau kuantiti, iaitu tidak malar.Menengah Atas
12

Kembali ke atas