tempat perpuluhan | decimal place | Bilangan digit selepas titik perpuluhan bagi suatu perpuluhan. Contohnya, (i) 5.2 (1 tempat perpuluhan); (ii) 5.23 (2 tempat perpuluhan); (iii) 5.234 (3 tempat perpuluhan). | Menengah Rendah |
jujukan nombor | number sequence | Satu susunan nombor dalam tertib tertentu. Contohnya, (i) Jujukan nombor ganjil ialah 1, 3, 5... ; (ii) Jujukan nombor bagi gandaan 5 ialah 5, 10, 15, 20, 25... ; (iii) Jujukan nombor kuasa dua sempurna ialah 1, 4, 9, 16, ... . | Menengah Rendah |
angka | numeral | Simbol atau lambang untuk mewakili sesuatu nombor. Contohnya, I, II, III, IV, V, VI, VII, ... dan 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, … | Menengah Atas |
angka | numeral | Simbol atau lambang untuk mewakili sesuatu nombor. Contohnya, ialah I, II, III, IV, V, ... dan 1, 2, 3, 4, 5, … . | Menengah Rendah |
angka | numeral | Simbol untuk mewakili sesuatu nilai yang disebut sebagai nombor. Contoh, 1, 2, 3, 4, 5, … dan i, ii, iii, iv, v, ... | Sekolah Rendah |
pantulan | reflection | Penjelmaan yang membalikkan titik-titik pada satu satah terhadap satu garis yang dikenali sebagai paksi pantulan. Ciri-ciri pantulan ialah (i) objek dan imej berada pada sebelah yang bertentangan dengan paksi pantulan. (ii) objek dan imejnya mempunyai jarak serenjang yang sama dari paksi pantulan. (iii) bentuk dan saiz imej adalah sama dengan objek, tetapi orientasinya terbalik. (iv) imej bagi suatu titik yang ada pada paksi pantulan ialah titik itu sendiri. <a href="http://prpm.dbp.gov.my/Glosarie/pantulanMA.jpg" onclick="window.open(this.href, 'mywin', 'left=20,top=20,width=500,height=500,toolbar=1,resizable=0'); return false;" >Lihat rajaha> | Menengah Atas |