Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. susunan perkara utk dibincangkan dlm mesyuarat (perundingan dsb), agenda; 2. rancangan atau susunan rancangan utk sesuatu pertunjukan (pertandingan sukan dll), program: satu jawatankuasa khas akan men­yusun ~ yg akan diadakan pd hari ulang tahun itu; 3. kegiatan (persembahan dll) biasanya dlm sesuatu program: carilah jalan utk bersuka ria dan hadirilah lebih banyak ~ sosial; ~ kemuncak kegiatan atau per­sembahan terpenting (biasanya juga yg ter­istimewa) dlm sesuatu program; 4. Id perkara utk dibicarakan (di mahkamah), kes; perbicaraan sesuatu kes (dlm mahkamah): ~ ini akan diadakan di mahkamah tinggi; beracara 1. mempunyai acara, ada acaranya (agendanya atau programnya); 2. Id meme­riksa (membicarakan) perkara di mahkamah; mengacara Id menjatuhkan keputusan hukum; mengacarai 1. mengelolakan atau mengen­dalikan sesuatu acara (pertandingan, majlis dsb): seorang muka baru akan ~ majlis pelancaran produk itu; 2. Id memulai per­cakapan, memberi bahan bagi percakapan (perbualan): “Engkau kecewa,” aku ~ per­cakapan; mengacarakan 1. menjadikan sbg salah satu acara, memasukkan ke dlm susunan acara (rancangan): pancaragam itu akan diacara­kan pd malam penghabisan; 2. Id meng­adukan (perkara); pengacara 1. Id peguam bela; 2. orang yg me­­ngendalikan persembahan acara-acara (dlm sesuatu pertunjukan, majlis, dll), juru­acara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : Jw; mengacarakan menyambut (tamu), mempersilakan tetamu (duduk dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : rancangan atau perkara yg akan dilakukan, dipertunjukkan, dibincangkan dsb dlm sesuatu perjumpaan (pertunjukan, mesyuarat dsb); agenda; program: ~ terakhir dlm majlis itu ialah membaca doa selamat. beracara memakai (mempunyai) acara; ada programnya atau ada agendanya. mengacarai mengendalikan sesuatu acara, majlis dsb dgn menjadi juruacara: Beliau berjaya ~ majlis penyampaian anugerah pd malam itu. mengacarakan menjadikan sbg (salah satu) acara; memasukkan ke dlm acara. pengacara orang yg mengacarai sesuatu acara, majlis dsb; juruacara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata acara


Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
jadual2scheduleSusunan acara, aktiviti atau perkara yang diatur mengikut masa yang telah ditetapkan. Lihat ContohSekolah Rendah
jadual waktutimetableSusunan acara, aktiviti atau perkara mengikut masa dan waktu yang telah ditentukan. Lihat ContohSekolah Rendah

Kembali ke atas