dimensi | dimension | Ukuran saiz sesuatu bentuk atau objek seperti panjang, lebar, tinggi atau garis pusat. Bentuk yang hanya ada ukuran panjang seperti garis lurus mempunyai satu dimensi. Permukaan yang ada ukuran panjang dan lebar mempunyai dua dimensi. Objek yang ada panjang, lebar dan tinggi mempunyai tiga dimensi. Lihat rajah | Menengah Atas |
bulan | month | Satu unit masa. Ada 12 bulan dalam setahun. 1 tahun = 12 bulan. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
pernyataan | statement | Suatu bentuk ayat sama ada benar atau palsu, tetapi bukan kedua-duanya. Contohnya, 3 kurang daripada 6 (benar), 4 kurang daripada 3 (palsu). | Menengah Atas |
pengamiran | integration | Proses untuk mencari kamiran sama ada kamiran tentu atau kamiran tak tentu dan merupakan proses songsangan bagi pembezaan. | Menengah Atas |
tak terhingga | infinite | Perihal sesuatu yang tidak ada hadnya. | Menengah Rendah |
sukuan | quadrant | 1. Suku sesuatu bulatan, sama ada sebagai lengkung ataupun kawasan. 2. Salah satu bahagian apabila satah dibahagikan kepada empat bahagian dengan sepasang paksi koordinat. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
ujian kebolehbahagian | divisibility test | Ujian untuk mengetahui sama ada satu nombor boleh dibahagikan secara tepat dengan nombor lain. Contohnya, 336 boleh dibahagi dengan 3 kerana 3 + 3 + 6 =12 dan 12 boleh dibahagi dengan 3, maka 336 boleh dibahagi dengan 3. | Menengah Atas |
tertib operasi | order of operations | Kaedah melakukan operasi sama ada dengan operasi darab dan bahagi dari kiri ke kanan, serta tambah dan tolak dari kiri ke kanan. | Menengah Atas |
terhingga | finite | Perihal sesuatu seperti masa, ruang, tahap atau magnitud yang ada hadnya. | Menengah Atas |
tak terhingga | infinite | Perihal sesuatu seperti masa, ruang, tahap atau magnitud yang tidak ada hadnya. | Menengah Atas |