had atas | upper limit | Nilai terbesar bagi satu kelas data. Contohnya, bagi kelas umur 20 – 39 tahun, 39 merupakan had atas. | Menengah Atas |
sempadan atas | upper boundary | Nilai purata bagi had atas sesuatu kelas dengan had bawah kelas berikutnya. | Menengah Atas |
pengangka | numerator | Nombor atau sebutan yang terletak di bahagian atas pecahan. | Menengah Atas |
pelan | plan | Lakaran sesuatu objek yang terletak pada satah mengufuk dan dipandang dari atas. | Menengah Atas |
kuartil atas | upper quartile | Lihat kuartil ketiga. | Menengah Atas |
sempadan bawah | lower boundary | Nilai purata bagi had bawah sesuatu kelas dengan had atas kelas sebelumnya. | Menengah Atas |
pepenjuru utama | main diagonal | Pepenjuru dalam matriks segi empat sama yang bermula pada sudut kiri sebelah atas hingga ke sudut kanan sebelah bawah matriks. | Menengah Atas |
dikuasakan | raised to a power | Perihal nombor didarabkan dengan dirinya sendiri mengikut bilangan yang tercatat di sudut kanan atas nombor tersebut. Contohnya, 2 dikuasakan 3 ditulis sebagai 2³ = 2 × 2 × 2 = 8. | Menengah Atas |
kesudahan yang mungkin | possible outcome | Hasil tertentu yang diperoleh apabila melakukan sesuatu uji kaji atau apabila sesuatu peristiwa berlaku. Contohnya, dalam uji kaji melambung sekeping duit syiling adil, kesudahan yang mungkin sama ada permukaan 'angka' atau permukaan 'gambar' syiling berada di sebelah atas. | Menengah Atas |
piramid tegak | right pyramid | Piramid yang puncaknya tegak di atas bahagian tengah tapaknya. Lihat rajah | Menengah Atas |