sebutan | term | Bahagian dalam sesuatu ungkapan atau siri yang dipisahkan oleh tanda + atau -, atau bahagian-bahagian dalam satu jujukan yang dipisahkan oleh tanda koma. Contohnya, dalam ungkapan 5a³ - 2xy + 3, sebutannya terdiri daripada 5a³, -2xy, dan 3, dalam jujukan 2, 5, 8, sebutannya terdiri daripada 2, 5 dan 8. | Menengah Atas |
tiga perempat | three quarters/ three fourth | Tiga bahagian daripada empat bahagian yang sama besar. Tiga perempat ditulis sebagai . | Sekolah Rendah |
satu perempat | one quarter/one over four | Satu bahagian daripada empat bahagian yang sama besar. Satu perempat ditulis sebagai . Satu perempat dikenali juga sebagai suku. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
satu perdua | one half/one over two | Satu bahagian daripada dua bahagian yang sama besar. Satu perdua ditulis sebagai . Satu perdua dikenali juga sebagai setengah atau separuh. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
titik perpuluhan | decimal point | Tanda titik ( . ) yang memisahkan bahagian nombor bulat dengan bahagian nombor pecahan. | Menengah Atas |
titik perpuluhan | decimal point | Tanda titik yang memisahkan bahagian nombor bulat dengan bahagian nombor pecahannya. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
tembereng | segment | 1. Bahagian sesuatu garis lurus dengan panjang tertentu. 2. Bahagian sesuatu bulatan yang dihadkan oleh suatu lengkok dan perentas yang menghubungkan kedua-dua hujung lengkok berkenaan. 3. Bahagian sesebuah bongkah yang dipotong oleh suatu satah. | Menengah Rendah |
sukuan | quadrant | Bahagian pada satah yang dibahagikan kepada empat bahagian oleh paksi-x dan paksi-y serta dilabelkan mengikut arah lawan jam. | Menengah Atas |
sukuan | quadrant | 1. Suku sesuatu bulatan, sama ada sebagai lengkung ataupun kawasan. 2. Salah satu bahagian apabila satah dibahagikan kepada empat bahagian dengan sepasang paksi koordinat. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
sinar | ray | Bahagian garis yang bermula dari satu titik dan memanjang tak terhingga pada satu arah. | Menengah Atas |