pengangka | numerator | Nombor yang berada di bahagian atas garis dalam sesuatu pecahan. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
pengangka | numerator | Angka atau sebutan yang terletak di bahagian atas suatu pecahan. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
pengangka | numerator | Nombor atau sebutan yang terletak di bahagian atas pecahan. | Menengah Atas |
sebutan | term | Bahagian dalam sesuatu ungkapan atau siri yang dipisahkan oleh tanda + atau -, atau bahagian-bahagian dalam satu jujukan yang dipisahkan oleh tanda koma. Contohnya, dalam ungkapan 5a³ - 2xy + 3, sebutannya terdiri daripada 5a³, -2xy, dan 3, dalam jujukan 2, 5, 8, sebutannya terdiri daripada 2, 5 dan 8. | Menengah Atas |
piramid tegak | right pyramid | Piramid yang puncaknya tegak di atas bahagian tengah tapaknya. Lihat rajah | Menengah Atas |
titik perpuluhan | decimal point | Tanda titik ( . ) yang memisahkan bahagian nombor bulat dengan bahagian nombor pecahan. | Menengah Atas |
sukuan | quadrant | Bahagian pada satah yang dibahagikan kepada empat bahagian oleh paksi-x dan paksi-y serta dilabelkan mengikut arah lawan jam. | Menengah Atas |
sukuan pertama | first quadrant | Suku bahagian yang terletak di sebelah kanan atas dalam lingkungan paksi koordinat. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
sinar | ray | Bahagian garis yang bermula dari satu titik dan memanjang tak terhingga pada satu arah. | Menengah Atas |
penyebut | denominator | Nombor atau sebutan yang terletak di bahagian bawah pecahan. | Menengah Atas |