teorem Pythagoras | Pythagoras theorem | Teorem yang menyatakan bahawa bagi sebarang segi tiga bersudut tegak (90°), kuasa dua hipotenusnya adalah bersamaan dengan jumlah kuasa dua panjang dua sisi yang lain. Teorem ini dapat dinyatakan dalam formula a²+ b² = c². Lihat rajah | Menengah Atas |
teorem baki | remainder theorem | Teorem yang menyatakan bahawa jika suatu polinomial f(x) dibahagi dengan (x - a), dan a merupakan sebarang nombor nyata, maka bakinya ialah f(a). | Menengah Atas |
petua indeks sifar | zero index rule | Pernyataan bahawa sebarang nombor yang bukan sifar, yang mempunyai kuasa sifar adalah bersamaan dengan 1. Contohnya, 50 = 1. | Menengah Atas |
hukum segi tiga | triangle law | Hukum yang menyatakan bahawa jika dua vektor dan vektor , diwakili oleh dua sisi segi tiga dari magnitud dan arah maka hasil tambah vektor dan vektor diwakili oleh vektor , iaitu sisi ketiga segi tiga tersebut. Arah dan mestilah berterusan. | Menengah Atas |
hukum logaritma | laws of logarithm | Hukum yang menyatakan bahawa: (i) logaritma hasil darab dua nombor bersamaan dengan jumlah logaritma kedua-duanya berdasarkan asas yang sama. Secara umumnya, logaxy = logax + logny. (ii) logaritma nisbah dua nombor merupakan logaritma pengangka tolak logaritma penyebut, . (iii) logaritma kuasa ke-n nombor ialah n didarabkan dengan logaritma nombor loga (mⁿ) = n logam. | Menengah Atas |
hukum kalis agihan | distributive law | Hukum yang menyatakan bahawa hasil proses yang melibatkan dua operasi yang dijalankan dengan cara yang berlainan adalah sama. Contohnya, 4(3+5) = (4 × 3) + (4 × 5). | Menengah Atas |
hukum kalis agihan | distributive law | Hukum yang menyatakan bahawa hasil proses yang melibatkan dua operasi yang dijalankan dalam cara yang berlainan adalah sama. Contohnya, 4(3 + 5) = (4 × 3) + (4 × 5). | Menengah Rendah |
hukum segi empat selari | parallelogram law | Hukum yang menyatakan bahawa jumlah dua vektor yang bersebelahan bagi segi empat selari adalah bersamaan dengan pepenjurunya. Lihat rajah | Menengah Atas |
hukum kalis tukar tertib | commutative law | Hukum yang menyatakan bahawa hasil tambah atau hasil darab dua kuantiti adalah sama tanpa mengambil kira tertib kuantiti-kuantiti itu ditambah atau didarab. Contohnya, 3 + 4 = 4 + 3. | Menengah Rendah |
tertib operasi aritmetik | order of arithmetic operation | Hukum yang menyatakan bahawa operasi aritmetik, iaitu melakukan operasi darab dan bahagi diikuti oleh operasi tambah dan tolak. | Menengah Atas |