hubungan banyak kepada banyak | many to many relation | Padanan antara beberapa unsur dalam domain dengan beberapa unsur dalam kodomain. Lihat rajah | Menengah Atas |
cerakin | partition | Memisahkan nombor kepada beberapa bahagian mengikut nilai tempat. Contohnya, 235 = 200 + 30 + 5. | Menengah Rendah |
teselasi | tessellation | Corak yang terhasil apabila beberapa jenis bentuk disusun rapat tanpa bertindih untuk menutup keseluruhan satah. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
tanda kurung | bracket | Simbol untuk mengelompokkan beberapa nombor dalam kelompok yang sama. Tanda kurung digunakan secara berpasangan. Contohnya, ( ), { }, [ ]. | Menengah Rendah |
tanda kurung | bracket | Simbol ( ) untuk mengelompokkan beberapa nombor dalam operasi bergabung. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
gabungan wang | combination of money | Gabungan beberapa kepingan wang untuk memperoleh sesuatu nilai tertentu. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
darab | multiply | Kaedah menambahkan satu angka yang sama beberapa kali. Operasi asas ini ditandakan dengan simbol x. Contohnya, 3 + 3 + 3 + 3 + 3 = 5 x 3 . | Menengah Rendah |
kaedah unitari | unitary method | Kaedah pengiraan untuk mencari nilai beberapa item yang sama dengan terlebih dahulu mencari nilai satu item tersebut. | Menengah Rendah |
banding | compare | Menyatakan persamaan atau perbezaan antara dua atau beberapa nilai, kuantiti dan objek. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
hubungan banyak kepada satu | many to one relation | Padanan antara beberapa unsur dalam domain dengan satu unsur dalam kodomain. Lihat rajah | Menengah Atas |