Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ra.pa] | براڤ

Definisi : 1. (kata tanya) utk menanyakan jumlah (besar, bilangan, harga, tinggi, dll): ~ jumlahnya?; ~ harga buku itu? 2. sebanyak mana, sebesar apa (jumlahnya): dia boleh mengambil hartaku ~ dia suka; 3. bagaimana, betapa: tengoklah ~ berbahagianya mereka di sini; ~ pun bagaimanapun, betapa pun; 4. = seberapa sekian (banyaknya), sebegitu (banyaknya): tidak ~ lama. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ra.pa] | براڤ

Definisi : kata yg menanyakan banyaknya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ra.pa] | براڤ

Definisi : 1 kata utk menanyakan jumlah sesuatu: ~kah harganya buku ini? 2 sebanyak mana; sebesar mana jumlahnya: Engkau ambillah ~ yg engkau suka. 3 bagaimana; betapa: Sekarang baru dia tahu ~ susahnya hidup miskin. 4 kata utk menyatakan jumlah atau bilangan yg tidak tentu; banyak yg lebih kurang: Tidak ~ lama kemudian, sampailah pengembara itu ke tempat yg dituju. beberapa jumlah yg tidak tentu banyaknya (lebih drpd dua tetapi tidak terlalu banyak): Ada ~ orang yg datang mencari tuan tadi. seberapa sekian banyaknya; sebanyak itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[be.ra.pa] | براڤ

Definisi : kata yg digunakan utk menanyakan banyaknya: ~ ekor lembu yg disembelih utk kenduri kahwin itu? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berapa

Puisi
 

Berapa tinggi pokok kubis,
     Tempat membuat ulam-ulaman;
Sedikit lagi jiwa nak habis,
     Tempat berbudi kepada tuan.


Lihat selanjutnya...(48)
Peribahasa

Ekor anjing berapa pun dilurut (akan dia) tiada juga betul.

Bermaksud :

Orang yang memang jahat itu tidak dapat diajar, sekali-sekala ia hendak berbuat jahat juga. (Bandingkan dengan: Seperti hendak meluruskan ekor beruk).

 

Lihat selanjutnya...(16)


Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
pembahagiandivisionProses mengira berapa kalikah sesuatu kuantiti terkandung dalam kuantiti yang lain. Simbol bahagi ialah ÷. Lihat ContohSekolah Rendah
kuasapowerNombor yang menunjukkan berapa kali sesuatu nombor itu didarabkan dengan nombor itu sendiri. Contohnya, kuasa empat bagi 6 ditulis sebagai 64, yang bermakna 6 × 6 × 6 × 6. Lihat ContohMenengah Rendah
nombor kardinalcardinal numberNombor yang menunjukkan berapa banyak sesuatu nilai atau jumlah seperti 1, 2, 3, ... .Menengah Rendah

Kembali ke atas