Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.cam.pur] | برچمڤور

Definisi : 1. bergaul (berbaur, berkacau, dll) menjadi satu: asid ini banyak ~ dgn air; 2. bp (bkn pasangan suami isteri) bersama dlm hubungan suami isteri: ia ~ dgn Rusiah baru tiga musim; 3. berkawan, bergaul: wanita Cina itu sudah lama ~ dgn orang Melayu; ~ bicara = ~ mulut masuk campur dlm (hal orang dll); ~ dgn rata bergaul dgn betul-betul sebati; ~ gaul bergaul, bermesra, bersahabat dgn; ~ kasih berkasih-kasihan, cinta-mencintai; ~ tangan campur tangan; ~ dgn orang pemaling, sekurang-kurangnya jadi pencecak prb bercampur dgn orang jahat, kalau tidak banyak, sedikit pun akan menjadi jahat juga; minyak dgn air adakah ~ prb orang baik kalau bercampur dgn orang jahat tidak akan menjadi jahat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.cam.pur] | برچمڤور

Definisi : 1 bergaul menjadi satu; berbaur: Ubat ini sudah ~ dgn air. Mi­nyak dgn air tidak akan ~. 2 berkenalan dan berbaik-baik; bergaul: Beliau tidak suka ~ dgn jiran-jirannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bercampur

Puisi
 

Sungai Tompok airnya dalam,
     Sungguh dalam bercampur pasir;
Orang Tompok banyak Islam,
     Sungguh Islam bercampur kafir.


Lihat selanjutnya...(37)
Peribahasa

Bercampur dengan orang pemaling,
     sekurang-kurangnya jadi pencecak.

Bermaksud :

Bercampur dengan orang jahat, lama-kelamaan kita akan menjadi jahat pula. cecak = copet.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
nombor bercampurmixed numberNombor yang terdiri daripada nombor bulat dan pecahan.Menengah Atas
nombor bercampurmixed numberNombor yang terdiri daripada nombor bulat dan pecahan wajar. Lihat ContohSekolah Rendah
pecahan komplekscomplex fractionPecahan yang pengangka atau penyebut atau kedua-duanya terdiri daripada pecahan atau nombor bercampur. Lihat ContohMenengah Rendah

Kembali ke atas