Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.gan.tung] | برݢنتوڠ

Definisi : 1. bersangkut, bergayut, berpaut; dagu bagai lebah ~ dagu yg cantik; 2. bersandar (pd orang dll), berharap pd pertolongan (orang dll), di bawah pengaruh orang dll: kehidupannya ~ pd belas kasihan Dato’ Ujang; pertumbuhan padi di kawasan Kerian ~ semata-mata pd hujan; ~ di ekor anjing prb orang yg sangat memerlukan pertolongan akan menerima sebarang pertolongan; ~ di hujung rambut prb nasib yg tidak tetap; ~ kpd rambut sehelai prb dlm keadaan yg amat berbahaya; ~ pd tali rapuh prb mengharapkan pertolongan drpd orang dll yg lemah; ~ tidak bertali, bersalai tidak berapi prb a) isteri yg ditinggalkan tetapi tidak diceraikan; b) peri seorang gundik yg tidak sah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.gan.tung] | برݢنتوڠ

Definisi : 1 berpegang atau bersangkut pd sesuatu dgn tidak berjejak pd bumi, lantai dsb: Jangan ~ pd dahan yg rapuh itu. 2 berharap pd bantuan orang utk melakukan sesuatu; sentiasa dibantu dll oleh seseorang atau sesuatu; mesti berpandukan sesuatu yg lain: Walaupun sudah berkahwin, dia masih ~ pd orang tuanya. Kesuburan pokok-pokok itu ~ pd baja yg diberikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bergantung

Puisi
 

Bermasak nasi santan bergantung,
     Ambil puntung dari seberang;
Tarik rebab mengenangkan untung,
     Untungku tidak seperti orang.


Lihat selanjutnya...(26)
Peribahasa

Bergantung pada tali rapuh.

Bermaksud :

Menyandarkan hidupnya pada orang (jabatan, pekerjaan dan sebagainya) yang kurang kuat atau tidak tetap.

 

Lihat selanjutnya...(24)


Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
pemboleh ubah bersandardependent variablePemboleh ubah yang nilainya bergantung pada nilai pemboleh ubah tak bersandar. Contohnya, dalam rumus y = x + 2, pemboleh ubah bersandar ialah y dan pemboleh ubah tak bersandar ialah x.Menengah Atas

Kembali ke atas