Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.sa.ma] | برسام

Definisi : 1. = bersama-sama berserta, bergandingan dgn, serentak dgn: esok harinya Poniem datang ~ anak angkatnya; kami mudik bersama-sama; ~ surat ini anakanda kembarkan wang lima puluh ringgit; 2. semuanya sekali, seluruhnya: tempat per­un-dingan itu harus dipersetujui ~ oleh kedua-dua belah pihak; kedua-dua laki isteri itu pun duduk makan ~ dgn penuh selera; 3. utk sesamanya, utk sekaliannya: harta ~; kemakmuran ~; 4. bh melakukan hubungan jenis, bersetubuh: isteri diwajibkan melayani suami apabila dia mahu ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.sa.ma] | برسام

Definisi : 1 me­lakukan se­suatu pd waktu yg sama; berserta: Mereka ~ meneruskan usaha itu. 2 tidak ada kecualinya; seluruhnya utk semua: Harta ini milik kita ~. 3 seiring; berserta: ~ dgn borang ini, saya kepilkan sekeping gambar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bersama

Puisi
 

Makan sirih dalam cerana,
     Daun sirih sudah layu;
Ke hulu bersama ke hilir bersama,
     Macamlah isi dengan kuku.


Lihat selanjutnya...(75)
Peribahasa

Bertongkat tebu.

Bermaksud :

Berjalan bersama-sama isterinya atau kekasihnya.

 

Lihat selanjutnya...(19)


Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
koperasicooperativeSyarikat yang dianggotai dan diuruskan oleh sekumpulan orang untuk menjalankan perniagaan dengan faedah dan keuntungan yang dikongsi bersama.Sekolah Rendah

Kembali ke atas