sudut bersebelahan | adjacent angles | Dua sudut yang letaknya sebelah-menyebelah pada suatu garis lurus. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
kosinus | cosine | Nisbah panjang sisi bersebelahan sesuatu sudut terhadap panjang sisi hipotenus segi tiga bersudut tegak. Singkatannya ialah kos. | Menengah Atas |
sisi | side | Tembereng yang menghubungkan dua bucu bersebelahan bagi sesuatu poligon. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
pepenjuru | diagonal | Garis lurus yang menyambungkan dua bucu yang tidak bersebelahan bagi bentuk dua dan tiga dimensi. Lihat rajah | Menengah Atas |
pepenjuru | diagonal | Garis lurus yang menyambung dua bucu yang tidak bersebelahan bagi sesuatu poligon. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
sudut pedalaman | interior angle | 1. Sudut yang terbentuk oleh dua sisi bersebelahan di dalam satu poligon. Lihat contoh 2. Sudut yang terbentuk oleh rentasan lintang bagi dua garis, dan terletak di pedalaman kedua-dua garis berkenaan. Lihat Contoh | Menengah Atas |
sudut pedalaman | interior angle | 1. Sudut yang terbentuk oleh dua sisi bersebelahan di dalam sesuatu poligon. 2. Sudut yang terbentuk oleh rentasan lintang bagi dua garis, dan terletak di antara kedua-dua garis berkenaan. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
pepenjuru | diagonal | Garis lurus yang menghubungkan dua penjuru poligon yang tidak bersebelahan. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
hukum segi empat selari | parallelogram law | Hukum yang menyatakan bahawa jumlah dua vektor yang bersebelahan bagi segi empat selari adalah bersamaan dengan pepenjurunya. Lihat rajah | Menengah Atas |