Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.te.mu] | برتمو

Definisi : 1. berjumpa (dgn), bersua (dgn), tersua: dia ~ dgn anak muda itu ketika menonton filem; 2. berhadapan muka (dgn), bersemuka (dgn): terlebih baik aku ~ dgn harimau drpd ~ dgn bapaku; 3. memperoleh (barang yg dicari dll), mendapat, menjumpai: ia mencari air tetapi tidak juga ~; 4. = ~ pd (di) ada di, terdapat di, kedapatan: tidak akan ~ air tawar di kawasan ini; 5. bersambung atau berhubungan menjadi satu (sungai dgn sungai dll): maka adalah khabarnya hulu Sungai Terengganu itu ~ dgn hulu Sungai Kelantan; kain panjang yg tidak berjahit ~; 6. cocok (perkataan dgn perbuatan dll), sesuai, benar-benar berlaku (ramalan, dugaan, dll), tercapai (cita-cita), berhasil, sampai: akhirnya cita-citanya itu ~ juga; 7. mendapat bahaya dll, kena: dlm dunia perkahwinan kau nanti ~ sedikit-sedikit kesulitan dan masalah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.te.mu] | برتمو

Definisi : 1 berjumpa (dgn); ber­sua (dgn): Dlm perjalanan itu, me­reka ~ dgn seekor harimau. Kemudian, Tun Mamat ~ dgn sebuah taman yg terlalu indah buatannya. 2 beroleh atau mendapat sesuatu yg dicari: Ia mencari air tetapi tiada juga ~. 3 berhubung atau bercantum menjadi satu (ttg sungai dll): Khabarnya, hulu Sungai Terengganu itu ~ dgn hulu Sungai Kelantan. ~ dgn maut meninggal dunia; mati. ~ muka berhadapan muka; bersua. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
temu
Kata Terbitan : bertemu, menemui, menemukan, mempertemukan, pertemuan, penemuan, penemu,

Puisi
 

Hendak berlengu boleh berlengu,
     Hendak berlengu Padang Seberang;
Hendak bertemu boleh bertemu,
     Hendak bertemu sesama seorang.


Lihat selanjutnya...(62)
Peribahasa

Bertemu mura dengan tedung.

Bermaksud :

Sama-sama pandai dan sama-sama kuat. mura = ular yang sangat bisa.

 

Lihat selanjutnya...(37)


Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
sisi sebelahadjacent sideDua sisi yang bertemu pada satu bucu tertentu pada poligon. Lihat ContohMenengah Rendah
lengkung tertutupclosed curveLengkungan yang pangkalnya bertemu dengan hujungnya. Lihat ContohMenengah Rendah
garis serenjangperpendicular linesGaris lurus yang bertemu atau bersilang dengan satu garis lurus tertentu pada sudut tegak. Lihat ContohMenengah Rendah
garis menumpuconverging linesGaris-garis yang bertemu pada satu titik. Lihat ContohMenengah Rendah
garis serenjangperpendicular linesGaris lurus yang bertemu atau bersilang dengan satu garis lurus lain pada sudut tegak. Lihat ContohSekolah Rendah
lengan sudutarms of angleDua garis yang bertemu di satu titik untuk membentuk sudut. Lihat ContohMenengah Rendah
sudutangleRuang antara dua garisan lurus yang bertemu. Lihat ContohSekolah Rendah
silangintersectDua garis dikatakan bersilang apabila melepasi atau bertemu antara satu sama lain pada satu titik.Menengah Rendah
piramidpyramidPepejal yang tapaknya berbentuk poligon, manakala mukanya berbentuk segi tiga, tirus dan bertemu di bucu. Lihat rajahMenengah Atas
piramidpyramidPepejal yang tapaknya berbentuk poligon, manakala mukanya berbentuk segi tiga, tirus dan bertemu di bucu. Lihat ContohMenengah Rendah
12

Kembali ke atas