pengkuantiti | quantifier | Pernyataan yang menerangkan bilangan objek atau kes yang terlibat dengan sesuatu kejadian. Contohnya, n(A) = 10, bermakna bilangan unsur dalam set A ialah 10 dan n ialah pengkuantiti. | Menengah Atas |
kebarangkalian berdasarkan teori | theoretical probability | Kemungkinan sesuatu peristiwa akan berlaku yang boleh diukur berdasarkan nisbah bilangan hasil yang tertentu terhadap jumlah bilangan kesudahan yang mungkin. | Menengah Atas |
nombor1 | number | Bilangan atau kuantiti objek. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
kuantiti | quantity | Bilangan, jumlah atau amaun sesuatu benda atau objek. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
kekerapan | frequency | Bilangan sesuatu nilai, perkara atau peristiwa yang berlaku dalam satu set data. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
trilion | trillion | Nombor atau bilangan yang diikuti oleh 12 angka sifar. Nilai ini boleh ditulis dalam bentuk 10¹² atau ditulis 1 000 000 000 000. | Menengah Atas |
kuantiti | quantity | Jumlah atau bilangan suatu objek. | Menengah Atas |
tempat perpuluhan | decimal place | Bilangan digit selepas titik perpuluhan bagi suatu perpuluhan. Contohnya, (i) 5.2 (1 tempat perpuluhan); (ii) 5.23 (2 tempat perpuluhan); (iii) 5.234 (3 tempat perpuluhan). | Menengah Rendah |
kuantiti | quantity | Jumlah atau bilangan sesuatu yang ditunjukkan oleh sebarang angka. | Menengah Rendah |
bahagi | divide | Proses mengagihkan bilangan sesuatu objek kepada kumpulan sama banyak atau berkongsi sama banyak. Simbol bahagi ialah ÷. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |