Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bo.rong] | بوروڠ

Definisi : secara keseluruhan atau besar-besaran (jual beli, pekerjaan, dll); jual ~ jual keseluruhannya; pedagang ~ orang yg berdagang secara besar-besaran (bukan pedagang runcit); memborong 1. membeli keseluruhannya atau secara besar-besaran: diborongnya habis segala barang dagangan yg datang dr negeri China; 2. melakukan pekerjaan secara keseluruhan hingga selesai: ~ pembuatan jalan;memborongkan 1. menjual keseluruhannya: hasil kebun telah diborongkannya kpd seorang saudagar Cina; 2. memberi pekerjaan kpd seseorang utk dikerjakan seluruhnya: pembangunan gedung ini diborongkan kpd orang yg telah memasukkan tawaran; borongan 1. pembelian (penjualan dll) secara keseluruhan: barang ini tidak dijual satu persatu tetapi ~; 2. pekerjaan dll yg diborongkan: nilai pekerjaan mesti menurut ketentuan dlm perjanjian ~, kalau tidak bangunan itu dirombak kembali; pemborongan perihal atau perbuatan memborong(kan);pemborong 1. orang yg membeli keseluruhannya atau secara besar-besaran: hasil kebun itu dijualnya kpd seorang ~; 2. orang yg melakukan pekerjaan keseluruhannya: kontrak mendirikan bangunan itu diberikan kpd seorang ~ Melayu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bo.rong] | بوروڠ

Definisi : secara keseluruhan atau secara banyak-banyak (biasanya ttg jual beli atau pekerjaan); tidak secara runcit atau tidak berdikit-dikit: membeli ~ membeli semuanya sekali; pasar ~ pasar tempat menjual barang-barang secara borong. memborong 1 membeli semuanya sekali; membeli secara borong: Syarikat Syamelin telah ~ kelapa dr beberapa daerah di Selangor. 2 membuat sesuatu pekerjaan kesemuanya hingga selesai: Syarikat mana yg ~ pembinaan jambatan itu? memborongkan 1 menjual sesuatu banyak-banyak: Kaum nelayan di kampung itu ~ semua hasil tangkapan mereka kpd seorang peraih. 2 memberikan pekerjaan dsb kpd seseorang atau syarikat utk diselesaikan seluruhnya: Kerajaan negeri telah ~ pembinaan bangunan pejabat itu kpd syarikat asing. pemborongan perbuatan (cara dsb) memborong atau memborongkan. pemborong 1 orang yg membeli secara banyak-banyak atau keseluruhannya. 2 orang (syarikat dsb) yg membuat sesuatu pekerjaan hingga selesai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata borong

Puisi
 

Ada satu burung tiung,
     Turun ke kolam mandikan anak;
Bukankah baik beli borong,
     Timbang kati untung tak banyak.


Lihat selanjutnya...(4)

Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
borongwholesalePembelian atau penjualan barang secara pukal (banyak).Sekolah Rendah

Kembali ke atas