Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.kan.bu.kan] | بوکن٢

Definisi : 1. mustahil, tidak munasabah, tidak beralasan, tidak benar: fitnah yg ~;memikirkan perkara yg ~; bertanya yg ~; melepaskan kata nista yg ~; 2. amat sangat: ~ bodohnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.kan.bu.kan] | بوکن٢

Definisi : 1 tidak masuk akal; tidak munasabah; mustahil: Jangan suka menceritakan yg ~. 2 amat sangat; terlalu sangat: Barang ini ~ mahalnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bukan-bukan

Puisi
 

Hendak dipais bukan todak,
     Hendak dibemban bukan terung;
Hendak menangis bukan budak,
     Hendak terbang bukan burung.


Lihat selanjutnya...(148)
Peribahasa

Angan-angan mengikat tubuh.

Bermaksud :

Besusah hati kerana memikirkan perkara yang bukan-bukan.

 

Lihat selanjutnya...(37)


Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
nombor bukan sifarnon-zero numberNombor yang selain sifar.Menengah Rendah
unit bukan piawainon-standard unitUnit ukuran yang tidak menggunakan alat ukuran yang standard. Lihat ContohSekolah Rendah
kira hampirapproximateNilai yang bukan nilai sebenar tetapi sangat hampir dengan nilai tersebut, dan boleh diterima. Lihat ContohSekolah Rendah
poligon tak sekatairregular polygonPoligon yang bukan semua sisinya sama panjang. Lihat ContohMenengah Atas
petua indeks sifarzero index rulePernyataan bahawa sebarang nombor yang bukan sifar, yang mempunyai kuasa sifar adalah bersamaan dengan 1. Contohnya, 50 = 1.Menengah Atas
pernyataanstatementSuatu bentuk ayat sama ada benar atau palsu, tetapi bukan kedua-duanya. Contohnya, 3 kurang daripada 6 (benar), 4 kurang daripada 3 (palsu).Menengah Atas
sewarentWang yang perlu dibayar kerana memakai atau menggunakan sesuatu yang bukan milik sendiri seperti pakaian, kereta, rumah, kedai, atau pejabat.Sekolah Rendah
nombor perdanaprime numberNombor asli yang hanya boleh dibahagi dengan dirinya sendiri dan 1 sahaja. 1 bukan nombor perdana. Contohnya, 2, 3, 5, 7, 11, 13, ...Menengah Atas
nombor perdanaprime numberNombor asli yang hanya boleh dibahagi dengan dirinya sendiri dan 1 sahaja. 1 bukan nombor perdana. Contohnya, 2, 3, 5, 7, 11 dan 13.Menengah Rendah
pecahan setaraequivalent fractionPecahan yang mempunyai nilai yang sama apabila pengangka dan penyebut didarabkan dengan nombor yang sama (bukan sifar). Lihat ContohMenengah Rendah
12

Kembali ke atas