pembahagi | divisor | Nombor bulat (atau polinomial) yang boleh membahagi tepat nombor bulat (atau polinomial) yang lain. Contohnya, 27 ÷ 3 = 9. 3 ialah pembahagi. | Menengah Atas |
nombor bulat | whole number | Nombor yang terdiri daripada 0, 1, 2, 3, ... . Pecahan, nombor perpuluhan dan nombor bertanda negatif bukan nombor bulat. | Menengah Rendah |
nombor bulat | whole number | Sifar dan nombor asli. Contohnya, 0, 1, 2, 3, ... | Menengah Atas |
nombor bulat | whole number | Nombor yang bermula dari sifar dan seterusnya, dan tidak mengandungi pecahan atau perpuluhan. Contoh, 0, 1, 2, 3, 4, 5, 6 | Sekolah Rendah |
integer | integer | Nombor bulat dan nombor negatifnya. Contoh set integer ialah {. . ..−3, −2, −1, 0, 1, 2, 3 . . . }. | Menengah Atas |
integer | integer | Nombor bulat yang bertanda positif (+) dan bertanda negatif (−). Contohnya, −2, −1, 0, 1, 2. | Menengah Rendah |
faktor | factor | Nombor bulat yang membahagikan suatu nombor dengan tepat. Contohnya, 12 ÷ 2 = 6, 12 ÷ 6 = 2. 2 dan 6 adalah antara faktor bagi 12. | Menengah Rendah |
bujur | oval | Bentuk bulat panjang atau lonjong. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
integer positif | positive integer | Nombor bulat yang lebih besar daripada sifar. Contohnya, 1, 2, 3, ... . | Menengah Rendah |
integer negatif | negative integer | Nombor bulat yang kurang daripada sifar. Contohnya, ... −3, −2, −1. | Menengah Rendah |