altitud | altitude | 1. Jarak serenjang dari bucu ke tapak. 2. Jarak serenjang dari bucu ke tapak bagi segi tiga. 3. Jarak serenjang antara garis selari bagi segi empat selari. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
altitud | altitude | 1. Jarak serenjang dari bucu ke tapak kon. 2. Jarak serenjang dari bucu ke tapak segi tiga. 3. Jarak serenjang antara dua garis selari dalam segi empat selari. Lihat Contoh | Menengah Atas |
alaf | millennium | Jangka masa 1000 tahun, bermula dari tahun 1 Masihi. Contohnya, alaf kedua bermula dari tahun 1001 hingga 2000. | Menengah Atas |
alaf | millennium | Jangka masa selama 1000 tahun, bermula dari tahun 1 Masihi. Contohnya, alaf kedua bermula dari tahun 1001 hingga 2000. | Menengah Rendah |
tertib operasi | order of operations | Kaedah melakukan operasi dimulai dengan operasi × atau ÷ dari kiri ke kanan, dan + atau − dari kiri ke kanan. | Menengah Rendah |
tertib operasi | order of operations | Kaedah melakukan operasi sama ada dengan operasi darab dan bahagi dari kiri ke kanan, serta tambah dan tolak dari kiri ke kanan. | Menengah Atas |
sama jarak | equidistant | Perihal dua titik yang mempunyai jarak yang sama dari satu titik atau objek. Contohnya, dua titik yang berbeza pada lilitan suatu bulatan mempunyai jarak yang sama dari titik pusat bulatan tersebut. | Menengah Atas |
sistem 12 jam | twelve-hour system | Sistem waktu dalam sehari berdasarkan tempoh 12 jam bermula dari tengah malam hingga tengah hari (a.m.) dan 12 jam berikutnya bermula dari tengah hari hingga tengah malam (p.m.). Contohnya, jam 1:20 p.m. | Menengah Atas |
sistem 12 jam | twelve-hour system | Sistem waktu dalam sehari berdasarkan tempoh 12 jam, bermula dari tengah malam hingga tengah hari (a.m.), dan 12 jam berikutnya bermula dari tengah hari hingga tengah malam (p.m.). Contohnya, jam 1:50 p.m. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
masa | time | Tempoh dari waktu lalu ke waktu sekarang hingga waktu depan yang dapat diukur dengan menggunakan jam atau alat pengira masa yang lain. | Menengah Rendah |