kurang daripada | less than | Nombor di sebelah kiri simbol mempunyai nilai yang kurang daripada nilai di sebelah kanan. Simbolnya ialah <. Contohnya, 7 < 8 bermaksud 7 kurang daripada 8. | Menengah Atas |
kurang daripada atau sama dengan | less than or equal to | Nombor di sebelah kiri mempunyai nilai yang kurang daripada atau sama dengan nilai di sebelah kanan. Simbolnya ialah ≤. Contohnya, a ≤ 5 bermaksud a boleh terdiri daripada sebarang nombor yang kurang daripada 5 ataupun sama dengan nombor 5 itu sendiri. | Menengah Atas |
tempat perpuluhan | decimal place | Kedudukan digit di sebelah kanan selepas titik perpuluhan. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
perpuluhan berakhir | terminating decimal | Perpuluhan yang bilangan digit di sebelah kanan titik perpuluhan adalah terhingga. Contohnya, 0.123 dan 231.7023. | Menengah Rendah |
sukuan pertama | first quadrant | Suku bahagian yang terletak di sebelah kanan atas dalam lingkungan paksi koordinat. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
sudut bertentangan bucu | vertically opposite angles | Pasangan sudut yang terbentuk oleh sepasang garis yang bersilang, dan yang terletak di sebelah bertentangan titik persilangan. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
kesudahan yang mungkin | possible outcome | Hasil tertentu yang diperoleh apabila melakukan sesuatu uji kaji atau apabila sesuatu peristiwa berlaku. Contohnya, dalam uji kaji melambung sekeping duit syiling adil, kesudahan yang mungkin sama ada permukaan 'angka' atau permukaan 'gambar' syiling berada di sebelah atas. | Menengah Atas |