akas teorem Pythagoras | converse of Pythagoras’ theorem | Pernyataan yang menyatakan bahawa dalam suatu segi tiga, jika hasil tambah kuasa dua bagi dua sisinya sama dengan kuasa dua sisi terpanjang, maka segi tiga tersebut adalah bersudut tegak dengan sudut tegak bersetentang dengan sisi terpanjang. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
teorem Pythagoras | Pythagoras theorem | Teorem yang menyatakan bahawa bagi sebarang segi tiga bersudut tegak (90°), kuasa dua hipotenusnya adalah bersamaan dengan jumlah kuasa dua panjang dua sisi yang lain. Teorem ini dapat dinyatakan dalam formula a²+ b² = c². Lihat rajah | Menengah Atas |
tolak2 | difference | Mencari beza antara dua nombor atau dua kumpulan objek. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
ganda dua | double | Menjadikan sesuatu nilai atau kuantiti dua kali lebih besar atau dua kali lebih banyak. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
kuasa dua sempurna | perfect square | Nombor yang bersamaan dengan kuasa dua bagi suatu nombor bulat. Contohnya, 25 ialah kuasa dua sempurna kerana 25 = 5². | Menengah Rendah |
punca kuasa dua | square root | Jika a = b × b, maka b ialah punca kuasa dua a. Simbol bagi punca kuasa dua ialah √ . Oleh itu, √ a = b. | Menengah Atas |
sudut berselang-seli | alternate angles | Dua sudut yang terbentuk apabila satu garis bersilang dengan dua garisan yang lain, pada sebelah yang bertentangan dengan garis mengufuk dan bertentangan antara satu sama lain. Jika kedua-dua garisan yang bersilang selari, sudut berselang-seli akan mempunyai darjah yang sama. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
sudut pedalaman | interior angle | 1. Sudut yang terbentuk oleh dua sisi bersebelahan di dalam sesuatu poligon. 2. Sudut yang terbentuk oleh rentasan lintang bagi dua garis, dan terletak di antara kedua-dua garis berkenaan. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
sudut pedalaman | interior angle | 1. Sudut yang terbentuk oleh dua sisi bersebelahan di dalam satu poligon. Lihat contoh 2. Sudut yang terbentuk oleh rentasan lintang bagi dua garis, dan terletak di pedalaman kedua-dua garis berkenaan. Lihat Contoh | Menengah Atas |
dua dimensi | two-dimensional | Perihal bentuk yang mempunyai dua ukuran, iaitu panjang dan lebar. | Menengah Rendah |