terbitan | derivative | Perubahan sesuatu fungsi apabila inputnya mengalami perubahan. Contohnya, jika f(x) = x4, maka f (x) = 4x³. | Menengah Atas |
teorem baki | remainder theorem | Teorem yang menyatakan bahawa jika suatu polinomial f(x) dibahagi dengan (x - a), dan a merupakan sebarang nombor nyata, maka bakinya ialah f(a). | Menengah Atas |
pembezaan | differentiation | Satu ukuran yang menerangkan bagaimana perubahan pemboleh ubah tak bersandar (fungsi y atau f(x) ) apabila pemboleh ubah bersandarnya (x) berubah. Simbol yang digunakan ialah atau f'(x). | Menengah Atas |
fungsi linear | linear function | Fungsi yang berbentuk f (x) = ax + b, dengan a, b ialah pemalar dan a ≠ 0. Graf fungsi linear berbentuk garis lurus. Lihat rajah | Menengah Atas |
fungsi kubik | cubic function | Fungsi yang berbentuk f (x) = ax3 + bx2 + cx + d, dengan a, b, c, d ialah pemalar dan a ≠ 0. Kuasa tertinggi pemboleh ubah ialah 3 dan hanya mempunyai satu pemboleh ubah. Lihat rajah | Menengah Atas |
fungsi kuadratik | quadratic function | Fungsi yang berbentuk f (x) = ax2 + bx + c, dengan a, b, c ialah pemalar dan a ≠ 0. Kuasa tertinggi pemboleh ubah ialah 2 dan hanya mempunyai satu pemboleh ubah. Lihat rajah | Menengah Atas |
suhu | temperature | Ukuran untuk menunjukkan tahap kepanasan atau kedinginan sesuatu bahan. Unit yang digunakan ialah darjah Celsius (°C), darjah Fahrenheit (°F) dan Kelvin (K). | Menengah Atas |
suhu | temperature | Ukuran untuk menunjukkan tahap kepanasan atau kedinginan sesuatu bahan. Unit yang digunakan ialah dalam darjah Celsius (°C), darjah Fahrenheit (°F) dan Kelvin (K). | Menengah Rendah |