Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.la.ju] | هالاجو

Definisi : kecepatan gerakan, kadar kecepatan; ~ pusingan wang kadar kecepatan wang bertukar tangan (dlm sesuatu masyarakat atau negara). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.la.ju] | هالاجو

Definisi : 1 kadar pergerakan sesuatu; kelajuan; kecepatan: Kereta itu dipandu dgn ~ 60 km satu jam. 2 kadar kelajuan pergerakan sesuatu yg menunjukkan kadar perubahan tempatnya mengikut arah tertentu (diberi dlm meter per saat, batu per jam dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
halaju (kata nama)
Bersinonim dengan kecepatan gerakan, kadar kecepatan.,


Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
pecutanaccelerationKadar perubahan halaju terhadap masa. Apabila halaju bertambah, pecutannya positif, manakala apabila halaju mengurang, pecutannya negatif (nyahpecutan).Menengah Atas
pecutanaccelerationKadar perubahan halaju sesuatu objek. Bagi halaju bertambah, pecutannya positif, manakala bagi halaju mengurang, pecutannya negatif.Menengah Rendah
halaju seragamuniform velocityHalaju yang dikekalkan pada magnitud yang tetap dan berterusan tanpa pecutan atau nyahpecutan.Menengah Atas
halaju seketikainstantaneous velocityHalaju objek pada masa tertentu.Menengah Atas
rencatanretardationPerubahan daripada halaju yang lebih tinggi kepada halaju yang lebih rendah.Menengah Rendah
graf halaju-masavelocity-time graphGraf yang menunjukkan hubungan antara halaju sesuatu objek dalam tempoh masa yang tertentu. Kecerunan garis pada graf menunjukkan ukuran pecutan. Luas di bawah graf menunjukkan jarak yang dilalui oleh objek berkenaan. Lihat rajahMenengah Atas
halajuvelocityKadar perubahan jarak objek pada arah tertentu sesaran terhadap masa.Menengah Atas
nyahpecutandecelerationPenyusutan halaju terhadap masa.Menengah Atas
nyahpecutandecelerationPenyusutan halaju terhadap masa.Menengah Rendah
pecutan seragamuniform accelerationHalaju yang bertambah secara malar terhadap masa. Lihat rajahMenengah Atas
12

Kembali ke atas