Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ham.pir.ham.pir] | همڤير٢

Definisi : akan berlaku sesuatu, nyaris-nyaris, cemas-cemas: masih sempat menyelamatkan isterinya yg ~ tenggelam itu; mereka ~ sepakat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ham.pir.ham.pir] | همڤير٢

Definisi : sedikit lagi akan berlaku sesuatu; nyaris-nyaris; cemas-cemas: Mereka telah menyelamatkan budak yg ~ tenggelam itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hampir (adverba)
1. Dalam konteks jarak
bersinonim dengan dekat, rapat,
Berantonim dengan jauh

2. Dalam konteks masa
bersinonim dengan tidak lama lagi, sedikit masa lagi, sekejap lagi, sebentar lagi,

Kata Terbitan : hampir-hampir, berhampiran, menghampiri, menghampirkan, kehampiran,

Puisi
 

Hari hampir sudah siang,
     Fajar di hulu sudah benderang;
Aku duduk di Muha Lawang,
     Makin bertambah hatiku pusang.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Genting menanti putus,
     biang menanti tembuk.

Bermaksud :

Suami isteri yang hampir bercerai; perkara yang hampir putus. (Peribahasa lain yang sama makna: Biang menanti tembuk).

 

Lihat selanjutnya...(13)


Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
kira hampirapproximatePerihal memberi nilai yang hampir tepat atau lebih kurang dengan nilai yang sebenar.Menengah Rendah
kira hampirapproximateNilai yang bukan nilai sebenar tetapi sangat hampir dengan nilai tersebut, dan boleh diterima. Lihat ContohSekolah Rendah
anggaranestimatePerkiraan kasar sesuatu yang berkaitan dengan nilai, bilangan atau saiz. Contohnya, harga sebuah televisyen ialah RM999. Harga televisyen itu dikatakan lebih kurang RM1000. Nombor 999 menjadi 1000 apabila dibundarkan kepada ratus yang hampir sebagai anggaran harga bagi televesyin itu.Menengah Rendah

Kembali ke atas