trinomial | trinomial | Ungkapan algebra yang hanya terdiri daripada tiga sebutan yang dihubungkan dengan operasi + atau - . Contohnya, 5x + 3y - 7. | Menengah Atas |
monomial | monomial | Ungkapan algebra yang hanya mengandungi satu sebutan seperti 2, x, 4xy, 3a²b. | Menengah Atas |
matriks baris | row matrix | Matriks dengan hanya 1 baris. Contohnya, (3 5 1) | Menengah Atas |
nombor perdana | prime number | Nombor asli yang hanya boleh dibahagi dengan dirinya sendiri dan 1 sahaja. 1 bukan nombor perdana. Contohnya, 2, 3, 5, 7, 11, 13, ... | Menengah Atas |
nombor perdana | prime number | Nombor asli yang hanya boleh dibahagi dengan dirinya sendiri dan 1 sahaja. 1 bukan nombor perdana. Contohnya, 2, 3, 5, 7, 11 dan 13. | Menengah Rendah |
sfera | sphere | Bentuk tiga dimensi yang mempunyai hanya satu permukaan melengkung seperti bola dan guli. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
bentuk dua dimensi | two-dimensional shape | Bentuk yang mempunyai hanya satu permukaan rata dan tiada ketebalan. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
tangen kepada bulatan | tangent to a circle | Garis lurus yang menyentuh bulatan hanya pada suatu titik tanpa memotongnya. Lihat rajah | Menengah Atas |
nombor ordinal | ordinal number | Nombor yang menunjukkan kedudukan atau tertib. Contohnya, pertama, kedua, kesepuluh dan sebagainya. Hanya nombor bulat sahaja digunakan untuk melambangkan kedudukan tersebut. | Menengah Atas |
dimensi | dimension | Ukuran saiz sesuatu bentuk atau objek seperti panjang, lebar, tinggi atau garis pusat. Bentuk yang hanya ada ukuran panjang seperti garis lurus mempunyai satu dimensi. Permukaan yang ada ukuran panjang dan lebar mempunyai dua dimensi. Objek yang ada panjang, lebar dan tinggi mempunyai tiga dimensi. Lihat rajah | Menengah Atas |