sfera | sphere | Bentuk tiga dimensi yang mempunyai hanya satu permukaan melengkung seperti bola dan guli. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
bentuk dua dimensi | two-dimensional shape | Bentuk yang mempunyai hanya satu permukaan rata dan tiada ketebalan. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
fungsi | function | Hubungan antara dua pemboleh ubah dalam suatu persamaan. Bagi setiap nilai pemboleh ubah tak bersandar, terdapat hanya satu nilai yang sepadan bagi pemboleh ubah bersandar. | Menengah Rendah |
monomial | monomial | Ungkapan algebra yang hanya mengandungi satu sebutan seperti 2, x, 4xy, 3a²b. | Menengah Atas |
fungsi kuadratik | quadratic function | Fungsi yang berbentuk f (x) = ax2 + bx + c, dengan a, b, c ialah pemalar dan a ≠ 0. Kuasa tertinggi pemboleh ubah ialah 2 dan hanya mempunyai satu pemboleh ubah. Lihat rajah | Menengah Atas |
titik sentuhan | point of contact | Titik tunggal tempat dua lengkungan bersentuhan atau titik pertemuan tangen dengan lengkung. Contohnya, dua bulatan hanya boleh bersentuhan pada satu titik sentuhan. Lihat rajah | Menengah Atas |
fungsi kubik | cubic function | Fungsi yang berbentuk f (x) = ax3 + bx2 + cx + d, dengan a, b, c, d ialah pemalar dan a ≠ 0. Kuasa tertinggi pemboleh ubah ialah 3 dan hanya mempunyai satu pemboleh ubah. Lihat rajah | Menengah Atas |
dimensi | dimension | Ukuran saiz sesuatu bentuk atau objek seperti panjang, lebar, tinggi atau garis pusat. Bentuk yang hanya ada ukuran panjang seperti garis lurus mempunyai satu dimensi. Permukaan yang ada ukuran panjang dan lebar mempunyai dua dimensi. Objek yang ada panjang, lebar dan tinggi mempunyai tiga dimensi. Lihat rajah | Menengah Atas |