[i.méj] | ايميج
Definisi : (iméj) 1. gambaran, cerminan, bayangan; ~ pendam imej yg telah di tangkap di atas filem atau kertas foto tetapi belum diproses dan tidak dapat dilihat; 2. keperibadian atau watak seseorang atau sesuatu sebagaimana yg terpapar pd pandangan atau tanggapan orang atau pihak lain: ~ negara kita sbg negara Islam amatlah baik dlm dunia Islam; ~ sesebuah kedai diukur berdasarkan reka bentuk luaran dan dalaman kedai; 3. gambaran mental atau asosiasi idea yg timbul dlm karya sastera terutamanya dlm puisi: Kassim Ahmad berjaya menggunakan mitos dan legenda Melayu sbg ~ di dlm sajak-sajaknya; imejan (Sas) penggunaan beberapa imej yg terhimpun dlm sesebuah karya sastera, penggunaan kiasan dlm tulisan; pengimejan proses membentuk atau menghasilkan imej (spt gambar dsb): ini dimungkinkan oleh sistem ~ elektronik yg canggih di atas teleskop tersebut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[i.méj] | ايميج
Definisi : /iméj/ 1 gambar rupa dll yg terlintas dlm fikiran; gambaran. 2 ki pendapat orang ramai mengenai sesuatu perkara; nama baik: Sifat ini akan merendahkan ~ seseorang atau sesuatu masyarakat. berimej mempunyai imej. pengimejan proses atau perbuatan membentuk, menghasilkan dsb imej: ~ yg baik bergantung pd teknik yg sesuai dan kemahiran yg ada. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)