trilion | trillion | Nilai yang bersamaan dengan seribu bilion. Nilai ini boleh ditulis dalam bentuk 1012 atau 1 000 000 000 000. | Menengah Rendah |
bilion | billion | Nilai yang bersamaan dengan seribu juta. Nilai ini boleh ditulis dalam bentuk 109 atau 1 000 000 000. | Menengah Rendah |
trilion | trillion | Nombor atau bilangan yang diikuti oleh 12 angka sifar. Nilai ini boleh ditulis dalam bentuk 10¹² atau ditulis 1 000 000 000 000. | Menengah Atas |
sistem 24 jam | twenty-four hour system | Sistem waktu dalam sehari berdasarkan tempoh 24 jam bermula pada 12 tengah malam hingga 12 tengah malam hari yang berikutnya. Sistem ini dinyatakan dalam empat digit. Contohnya, 1. Jam 1330 bermaksud 1:30 p.m. 2. Jam 0930 bermaksud 9:30 a.m. | Menengah Atas |
punca persamaan | root of an equation | Nilai yang merupakan penyelesaian kepada sesuatu persamaan. Contoh: x² − x − 2 = 0. Nombor −1 dan 2 ialah punca persamaan ini. | Menengah Rendah |
segi tiga Pascal | Pascal's triangle | Tatasusunan pekali binomial dalam bentuk segi tiga. Setiap nombor merupakan hasil tambah dua nombor yang terletak di atasnya. Setiap baris bermula dan berakhir dengan angka 1. Segi tiga ini boleh berterusan sehingga ketakterhinggaan. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat rajah | Menengah Atas |
teorem Pythagoras | Pythagoras’ theorem | Rumus segi tiga bersudut tegak (90°). Rumus ini ialah c² = a² + b². 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Contoh | Menengah Rendah |
bahagi | divide | Kaedah mengagihkan suatu nilai secara sama rata. Operasi asas ini ditandakan dengan simbol ÷. Aras purata permukaan laut berbanding dengan permukaan daratan. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Contoh | Menengah Rendah |
piramid segi tiga | triangular pyramid | Piramid yang tapak dan setiap mukanya berbentuk segi tiga. Piramid ini dikenali juga sebagai tetrahedron. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat rajah | Menengah Atas |
logaritma | logarithm | Kaedah lain untuk menyatakan indeks satu nombor. Contohnya, jika P dinyatakan dalam bentuk cx, dengan c > 0 dan c ≠ 1, maka x ialah logaritma P dengan asas c. Ungkapan ini ditulis sebagai logcP = x. | Menengah Atas |