integer | integer | Nombor bulat dan nombor negatifnya. Contoh set integer ialah {. . ..−3, −2, −1, 0, 1, 2, 3 . . . }. | Menengah Atas |
integer | integer | Nombor bulat yang bertanda positif (+) dan bertanda negatif (−). Contohnya, −2, −1, 0, 1, 2. | Menengah Rendah |
integer positif | positive integer | Nombor bulat yang lebih besar daripada sifar. Contohnya, 1, 2, 3, ... . | Menengah Rendah |
integer negatif | negative integer | Nombor bulat yang kurang daripada sifar. Contohnya, ... −3, −2, −1. | Menengah Rendah |
nombor genap | even number | Integer yang boleh dibahagi tepat dengan angka 2. Contohnya, − 4, −2, 0, 2, 4, ... | Menengah Atas |
nombor ganjil | odd number | Integer yang tidak boleh dibahagi tepat dengan angka 2. Contohnya, −7, −5, −3, −1, 1, 3, 5, 7, ... | Menengah Atas |
nombor gubahan | composite number | Nombor asli yang berupa hasil darab dua integer lain selain daripada nombor 1. Contoh: 5 × 2 = 10, 4 × 3 = 12. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
nombor tak nisbah | irrational number | Nombor yang tidak dapat dinyatakan sebagai hasil bahagi dua integer. Bahagian perpuluhan nombor ini tak terhingga dan tidak berulang. | Menengah Atas |
nombor tak nisbah | irrational number | Nombor yang tidak dapat dinyatakan sebagai hasil bahagi dua integer. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
nombor nisbah | rational number | Nombor yang ditulis dalam bentuk pecahan iaitu bagi dua integer, P dan q, dengan q≠0. | Menengah Atas |