isi padu | volume | Ukuran ruang yang dipenuhi oleh sesuatu pepejal, cecair atau gas. Rumus isi padu: isi padu = panjang × lebar × tinggi. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
isi padu kisaran | volume of revolution | Isi padu imej yang terbentuk apabila rantau berlorek berputar pada paksi-x atau paksi-y sebanyak 360°. Lihat rajah | Menengah Atas |
isi padu | volume | Sukatan ruang di dalam sesuatu pepejal. Isi padu pepejal tiga dimensi seperti kuboid dapat diukur menggunakan formula panjang × lebar × tinggi. Lihat rajah | Menengah Atas |
kadaran | proportion | Pernyataan matematik yang menunjukkan hubungan antara dua kuantiti dalam nisbah yang sama. Contohnya, isi padu 2 botol air bersamaan dengan 3 liter, maka isi padu 4 botol air bersamaan dengan 6 liter. | Menengah Rendah |
isi padu | volume | Sukatan atau ukuran ruang yang dipenuhi oleh sesuatu pepejal, cecair atau gas. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
mililiter | millilitre | Unit ukuran bagi isi padu. Simbol mililiter ialah ml. 1 liter = 1 000 mililiter. | Sekolah Rendah |
liter | litre | Unit ukuran bagi isi padu cecair. Simbol liter ialah l. 1 liter = 1 000 mililiter. | Sekolah Rendah |
alat penyukat | measuring tool | Alat atau bekas yang digunakan untuk menyukat isi padu. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
unit padu | cubic unit | Unit untuk isi padu. | Menengah Rendah |
ukuran | measurement | Nilai yang diperoleh apabila mengukur panjang, lebar, jarak, jisim, atau isi padu sesuatu. | Sekolah Rendah |