jam analog | analogue clock | Jam yang mempunyai nombor 1 hingga 12, angka Roman atau penanda lain pada muka jam, dan mempunyai jarum jam, minit dan saat. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
jam analog | analogue clock | Jam yang biasanya mempunyai jarum penanda jam, minit, dan saat. Muka jam menunjukkan angka 1 hingga 12. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
jam digital | digital clock | Jam yang tidak mempunyai jarum penanda jam, minit dan saat. Masa ditunjukkan oleh angka. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
jam | hour | Unit ukuran bagi masa. 1 jam = 60 minit. 24 jam = 1 hari. | Sekolah Rendah |
sistem 12 jam | twelve-hour system | Sistem waktu dalam sehari berdasarkan tempoh 12 jam bermula dari tengah malam hingga tengah hari (a.m.) dan 12 jam berikutnya bermula dari tengah hari hingga tengah malam (p.m.). Contohnya, jam 1:20 p.m. | Menengah Atas |
sistem 12 jam | twelve-hour system | Sistem waktu dalam sehari berdasarkan tempoh 12 jam, bermula dari tengah malam hingga tengah hari (a.m.), dan 12 jam berikutnya bermula dari tengah hari hingga tengah malam (p.m.). Contohnya, jam 1:50 p.m. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
jam digital | digital clock | Jam yang menunjukkan waktu dalam bentuk nombor digital. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
muka jam | clock face | Permukaan jam yang memaparkan waktu. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
orientasi | orientation | Hala sesuatu. Contohnya, arah jam, lawan arah jam, sebelah kiri dan sebelah kanan. | Menengah Rendah |
sistem 24 jam | twenty-four hour system | Sistem waktu dalam sehari berdasarkan tempoh 24 jam bermula pada 12 tengah malam hingga 12 tengah malam hari yang berikutnya. Sistem ini dinyatakan dalam empat digit. Contohnya, 1. Jam 1330 bermaksud 1:30 p.m. 2. Jam 0930 bermaksud 9:30 a.m. | Menengah Atas |