[jeng.kal] | جڠکل
Definisi : jarak antara hujung ibu jari dgn hujung jari yg lain: ~ kelengkeng; ~ manis; ~ hantu; ~ telunjuk; cakapan se~ dibawa sehasta prb perkara yg kecil diperbesar-besarkan; yg se~ tiada dapat jadi sehasta prb kalau nasib sudah tidak baik, betapa pun diusahakan tentu tidak akan berjaya; menjengkal mengukur dgn jengkal; ~ dada mengecilkan keberanian (kebolehan dll) orang lain; ~ muka menghina (menjatuhkan martabat dll) orang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[jeng.kal] | جڠکل
Definisi : ; bunga ~ sj tumbuhan (pokok memanjat yg berbunga putih), akar cina putih, akar orang merah, Neuropeltis racemosa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[jeng.kal] | جڠکل
Definisi : jarak antara hujung ibu jari dgn hujung jari lain yg direntangkan: ~ kelengkeng jarak antara hujung ibu jari dgn hujung jari kelengkeng; ~ manis jarak antara hujung ibu jari dgn hujung jari manis; ~ telunjuk jarak antara hujung ibu jari dgn hujung jari telunjuk. menjengkal mengukur dgn jengkal. ~ dada mengecilkan kebolehan (keberanian) orang lain. ~ muka menghina orang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)