Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. barang-barang yg dijual, dagangan: hasil tanamannya adalah utk ~; 2. berjualan; ~ garaj jualan barang-barang peribadi yg sudah digunakan, di kawasan rumah seseorang (biasanya di garaj); ~ lambak jualan pelbagai barang, biasanya dgn harga yg murah; ~ langsung jualan sesuatu barangan secara terus oleh pengedar kpd pengguna; ~ lelong jualan sesuatu barangan dgn harga yg sangat murah, biasanya si penjual memanggil-manggil pe­langgan; ~ murah jualan barang-barang dgn tawaran potongan harga yg agak banyak; ~ penghabisan stok jualan yg dilakukan utk menghabiskan stok barang di sesebuah kedai, pasar raya dsb, biasanya dgn harga yg lebih murah drpd harga biasa; ~ singkat (Eko) jualan saham yg dilakukan oleh penspekulasi utk saham yg tidak dimilikinya bagi tujuan men­dapatkan keuntungan; ~ tender jualan barang dsb dgn cara membuat tawaran harga; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : barang-barang yg dijual; dagangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jualan


Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
harga jualanselling priceHarga sesuatu barang yang dijual kepada pembeli.Menengah Rendah
komisencommissionUpah yang diberi kepada ejen jualan apabila berjaya menyelesaikan urus niaga.Menengah Rendah
keuntunganprofitJumlah wang yang diperoleh setelah harga jualan ditolak dengan harga kos.Menengah Atas
keuntunganprofitJumlah wang yang diperoleh setelah harga jualan ditolak dengan harga kos.Menengah Rendah
promosipromotionSegala usaha dan kegiatan perniagaan untuk menarik perhatian pembeli bagi meningkatkan jualan barang atau perkhidmatan. Lihat ContohSekolah Rendah

Kembali ke atas