jujukan nombor | number sequence | Satu susunan nombor dalam tertib tertentu. Contohnya, (i) Jujukan nombor ganjil ialah 1, 3, 5... ; (ii) Jujukan nombor bagi gandaan 5 ialah 5, 10, 15, 20, 25... ; (iii) Jujukan nombor kuasa dua sempurna ialah 1, 4, 9, 16, ... . | Menengah Rendah |
sebutan | term | 1. Setiap kuantiti dalam suatu ungkapan yang melibatkan tanda + atau −. Contohnya, 5x + 3y − z mempunyai tiga sebutan, iaitu 5x, 3y dan z. 2. Suatu nombor atau perkara yang disenaraikan dalam suatu jujukan. Contohnya, dalam jujukan 2, 4, 6, 8, ..., sebutan pertama ialah 2, sebutan kedua ialah 4, dan seterusnya. | Menengah Rendah |
sebutan | term | Bahagian dalam sesuatu ungkapan atau siri yang dipisahkan oleh tanda + atau -, atau bahagian-bahagian dalam satu jujukan yang dipisahkan oleh tanda koma. Contohnya, dalam ungkapan 5a³ - 2xy + 3, sebutannya terdiri daripada 5a³, -2xy, dan 3, dalam jujukan 2, 5, 8, sebutannya terdiri daripada 2, 5 dan 8. | Menengah Atas |
jujukan | sequence | Satu set nombor atau objek yang disusun mengikut pola tertentu. | Menengah Atas |
jujukan | sequence | Satu susunan nombor yang mempunyai pola tertentu yang setiap satunya dinamai sebutan. | Menengah Rendah |
siri | series | Jujukan yang sebutannya diperoleh mengikut peraturan tertentu. | Menengah Atas |
janjang | progression | Jujukan nombor yang mengikut petua matematik. Contohnya, janjang aritmetik: 2, 4, 6, 8, …, janjang geometri: 5, 10, 20, 40, … | Menengah Atas |
urutan nombor | number sequence | Lihat jujukan. | Menengah Atas |
perpuluhan jadi semula | recurring decimal | Perpuluhan yang digit atau jujukan digitnya berulang secara berterusan. Lihat Contoh | Menengah Atas |
perpuluhan jadi semula | recurring decimal | Perpuluhan yang digit atau jujukan digitnya berulang secara berterusan. Lihat Contoh | Menengah Rendah |