altitud | altitude | 1. Jarak serenjang dari bucu ke tapak. 2. Jarak serenjang dari bucu ke tapak bagi segi tiga. 3. Jarak serenjang antara garis selari bagi segi empat selari. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
altitud | altitude | 1. Jarak serenjang dari bucu ke tapak kon. 2. Jarak serenjang dari bucu ke tapak segi tiga. 3. Jarak serenjang antara dua garis selari dalam segi empat selari. Lihat Contoh | Menengah Atas |
sebutan ke-n | nth term | Sebutan yang boleh mewakili sebarang nilai yang diberikan dalam satu persoalan matematik. Contohnya, jika n = 7, maka sebutan yang dimaksudkan ialah sebutan ke-7. | Menengah Atas |
tertib operasi | order of operations | Kaedah melakukan operasi dimulai dengan operasi × atau รท dari kiri ke kanan, dan + atau − dari kiri ke kanan. | Menengah Rendah |
tertib operasi | order of operations | Kaedah melakukan operasi sama ada dengan operasi darab dan bahagi dari kiri ke kanan, serta tambah dan tolak dari kiri ke kanan. | Menengah Atas |
dividen | dividend | Untung yang diberikan ke atas wang yang dilaburkan untuk perniagaan atau saham. | Sekolah Rendah |
masa | time | Tempoh dari waktu lalu ke waktu sekarang hingga waktu depan yang dapat diukur dengan menggunakan jam atau alat pengira masa yang lain. | Menengah Rendah |
klasifikasi | classify | Menyusun sesuatu secara sistematik ke dalam kumpulan menurut kriteria yang ditetapkan. | Menengah Rendah |
kedalaman | depth | Ukuran dari permukaan hingga ke dasar. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
lebar | breadth/width | Jarak dari tepi ke tepi bagi sisi yang lebih pendek. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |