risiko | risk | Keadaan yang tidak dijangka tentang sesuatu kerugian atau cabaran dalam perniagaan. | Sekolah Rendah |
bankrap | bankrupt | Keadaan seseorang yang berada dalam kerugian dan tidak mampu menyelesaikan hutang. Bankrap dikenali juga sebagai muflis. | Sekolah Rendah |
Celsius | Celcius | Skala suhu untuk menunjukkan keadaan suhu sesuatu objek atau kawasan, yang ditulis dengan simbol °C. Contohnya, takat beku air ialah 0°C dan takat didih air ialah 100°C. | Menengah Rendah |
sifar | zero | 1. Nombor yang digunakan untuk menunjukkan keadaan tiada kuantiti. 2. Titik pada sebarang skala yang menjadi pemisah bagi unit positif dan unit negatif pada arah yang bertentangan. Simbol 0. | Menengah Rendah |
jengkal | handspan | Jarak di antara hujung ibu jari dengan hujung jari yang lain dalam keadaan diregangkan sepenuhnya. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
depa | arm span | Ukuran panjang dari hujung jari tangan kanan hingga hujung jari tangan kiri dalam keadaan tangan didepangkan. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |