kebarangkalian kekerapan relatif | relative frequency probability | Kebarangkalian bagi kadaran atau peratusan tertentu daripada jumlah kekerapan. Lihat Contoh | Menengah Atas |
kebarangkalian | probability | Ukuran berangka tentang kemungkinan berlakunya sesuatu peristiwa. Nilai kebarangkalian terletak antara 0 dengan 1, 0 ≤ P (A) ≤ 1. | Menengah Atas |
kebarangkalian berdasarkan teori | theoretical probability | Kemungkinan sesuatu peristiwa akan berlaku yang boleh diukur berdasarkan nisbah bilangan hasil yang tertentu terhadap jumlah bilangan kesudahan yang mungkin. | Menengah Atas |
pasti | certain | Perihal kebarangkalian berlakunya sesuatu kejadian yang bersamaan dengan 1. | Menengah Rendah |
rawak | random | Perihal memperoleh sesuatu tanpa dapat diramal kerana kebarangkalian untuk semua hasil yang mungkin adalah sama. | Menengah Atas |
sama kemungkinan | equally likely | Perihal kesudahan yang mungkin berlaku dengan kebarangkalian yang sama. | Menengah Atas |
sama kemungkinan | equally likely | Perihal perkara yang mungkin berlaku dengan kebarangkalian yang sama. | Menengah Rendah |
rawak | random | Perihal memilih sesuatu antara semua yang mungkin tanpa dapat diramal kerana kebarangkalian untuk semua pilihan adalah sama. | Menengah Rendah |
peristiwa bersandar | dependent event | Peristiwa yang saling mempengaruhi antara satu sama lain. Contohnya, jika peristiwa A berlaku, hal ini akan mempengaruhi kebarangkalian berlakunya peristiwa B. | Menengah Atas |