[kiub] | کيوب
Definisi : benda yg mempunyai enam permukaan yg semuanya berbentuk empat persegi dan sama besarnya (spt dadu), kubus; ~ berpusat jasad (Kim) unit struktur bagi hablur berbentuk kiub yg terdiri drpd satu atom di setiap penjuru dan satu atom di pusat kiub; ~ berpusat muka (Kim) unit struktur bagi hablur berbentuk kiub yg terdiri drpd satu atom di setiap penjuru dan pusat mukanya; ~ rebusan bahan drpd air rebusan daging, ikan atau sayur-sayuran yg dikeringkan dan berbentuk kiub, digunakan utk membuat sup, dlm masakan dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[kiub] | کيوب
Definisi : bongkah yg mempunyai enam permukaan yg semuanya berbentuk empat segi yg sama besarnya (spt dadu); kubus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)