ketaksamaan kuadratik | quadratic inequality | Ketaksamaan yang melibatkan ungkapan kuadratik seperti ax2 + bx + c > 0, ax2 + bx + c < 0, ax2 + bx + c ≥ 0 dan ax2 + bx + c ≤ 0, dengan a≠ 0, a, b dan c ialah pemalar. | Menengah Atas |
pembeza layan | discriminant | Ungkapan b² - 4ac dalam persamaan kuadratik ax² + bx+ c = 0. Pembeza layan boleh digunakan untuk menentukan jenis punca kepada persamaan kuadratik. Lihat rajah | Menengah Atas |
ungkapan kuadratik | quadratic expression | Ungkapan dalam bentuk am ax² + bx+ c, dengan a, b dan c ialah pemalar dan a ≠ 0. | Menengah Atas |
persamaan kuadratik | quadratic equation | Persamaan yang boleh ditulis dalam bentuk am, ax² + bx + c = 0 dengan a, b dan c ialah pemalar dan a ≠ 0. Persamaan ini perlu mempunyai satu pemboleh ubah dan kuasa tertinggi pemboleh ubah itu ialah 2. | Menengah Atas |
fungsi kuadratik | quadratic function | Fungsi yang berbentuk f (x) = ax2 + bx + c, dengan a, b, c ialah pemalar dan a ≠ 0. Kuasa tertinggi pemboleh ubah ialah 2 dan hanya mempunyai satu pemboleh ubah. Lihat rajah | Menengah Atas |
persamaan kuadratik | quadratic equation | Persamaan yang boleh ditulis dalam bentuk ax² + bx + c = 0, dengan a, b dan c ialah nombor nyata, dan a ≠ 0. | Menengah Rendah |
hasil tambah punca | sum of roots | Jika α dan ß ialah dua punca bagi persamaan kuadratik, maka hasil tambah punca ialah α + ß. | Menengah Atas |
hasil darab punca | product of roots | Jika α dan ß ialah dua punca bagi persamaan kuadratik, maka hasil darab punca ialah αß. | Menengah Atas |