carta palang | bar chart | Gambar rajah yang memaparkan bahagian atau pecahan data, maklumat dan lain-lain dalam bentuk jalur yang sama lebar secara menegak atau mendatar. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
carta pai | pie chart | Gambar rajah yang memaparkan bahagian atau pecahan data, maklumat, dan lain-lain dalam bentuk bulatan yang dibahagi-bahagikan. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
ukuran padu | cubic measurement | Ukuran jumlah isi padu yang menggunakan unit meter padu, sentimeter padu dan lain-lain. | Menengah Rendah |
sudut berselang-seli | alternate angles | Dua sudut yang terbentuk apabila satu garis bersilang dengan dua garisan yang lain, pada sebelah yang bertentangan dengan garis mengufuk dan bertentangan antara satu sama lain. Jika kedua-dua garisan yang bersilang selari, sudut berselang-seli akan mempunyai darjah yang sama. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
logaritma | logarithm | Kaedah lain untuk menyatakan indeks satu nombor. Contohnya, jika P dinyatakan dalam bentuk cx, dengan c > 0 dan c ≠ 1, maka x ialah logaritma P dengan asas c. Ungkapan ini ditulis sebagai logcP = x. | Menengah Atas |
pembahagi | divisor | Nombor yang membahagi nombor lain. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
akibat | consequence | Pernyataan yang diimplikasikan oleh satu pernyataan lain. Dalam pernyataan majmuk yang berbentuk implikasi "Jika p, maka q", pernyataan q ialah akibat. | Menengah Atas |
tukar | convert | Mengubah satu unit kepada unit yang lain. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
dividen | dividend | Nombor yang boleh dibahagi dengan nombor yang lain. Contohnya, 8 รท 4 = 2. Oleh itu, 8 merupakan dividen. | Menengah Atas |
akas | converse | Pernyataan yang merupakan kebalikan bagi pernyataan yang lain. Contohnya, "Jika A dan B ialah nombor ganjil, maka hasil darab A dengan B ialah nombor ganjil". Akasnya ialah "Jika hasil darab A dengan B ialah nombor ganjil, maka A dan B ialah nombor ganjil". | Menengah Atas |