tidak lebih daripada | not more than | Perihal nilai suatu nombor yang kurang daripada suatu nombor yang lain. Contohnya, nombor 3 dan 4 tidak lebih daripada 5. | Menengah Rendah |
hubungan | relation | Perkaitan antara unsur daripada satu set dengan unsur daripada satu set lain dengan menggunakan peraturan tertentu. Lihat Contoh | Menengah Atas |
nombor gubahan | composite number | Nombor asli yang berupa hasil darab dua integer lain selain daripada nombor 1. Contoh: 5 × 2 = 10, 4 × 3 = 12. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
tidak lebih daripada | not more than | Perihal nilai suatu nombor yang kurang daripada atau sama dengan nilai satu nombor lain. Simbolnya ialah ≤. Contohnya, nombor 3, 4 dan 5 tidak lebih daripada 5 atau x ≤ 5. | Menengah Atas |
tidak kurang daripada | not less than | Perihal nilai suatu nombor yang lebih besar daripada atau sama dengan nilai suatu nombor lain. Simbolnya ialah ≥. Contohnya, nombor 2, 3 dan 4 tidak kurang daripada 2 atau x ≥ 2. | Menengah Atas |
tidak kurang daripada | not less than | Perihal nilai suatu nombor yang melebihi suatu nombor yang lain. Contohnya, nombor 3 dan 4 tidak kurang daripada 2. | Menengah Rendah |
bentuk gabungan | composite shapes | Bentuk yang terbina daripada gabungan dua atau lebih bentuk lain. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
sistem koordinat Cartes | Cartesian coordinate system | Sistem yang terdiri daripada paksi-x dan paksi-y yang bersilang antara satu sama lain, dengan titik persilangan yang dinamakan asalan. Sistem ini digunakan untuk menentukan kedudukan titik dengan menggunakan pasangan tertib. Lihat Contoh | Menengah Rendah |