set semesta | universal set | Set yang mengandungi semua unsur yang menjadi bahan perbincangan bagi suatu masalah matematik. Contohnya, dalam masalah yang melibatkan hanya nombor asli, set semestanya terdiri daripada set nombor asli {1, 2, 3, 4, . . .}. Simbolnya ialah epsilon, ε atau x. | Menengah Atas |
tentu sah | verify | Proses untuk memastikan penyelesaian satu masalah adalah betul dengan memastikan jawapan tersebut memenuhi semua persamaan atau ketaksamaan dalam masalah yang berkenaan. Contohnya, tentu sahkan bahawa x = 3 merupakan penyelesaian kepada persamaan x² - 5x + 6 = 0. Apabila digantikan x = 3 ke dalam persamaan 3² - 5(3) + 6 = 0, maka 9 - 15 + 6 = 0. Oleh itu, 0 = 0 adalah sah. | Menengah Atas |
algoritma | algorithm | Satu peraturan untuk penyelesaian masalah matematik secara langkah demi langkah mengikut tertib tertentu. | Menengah Atas |
algoritma | algorithm | Satu peraturan untuk penyelesaian masalah matematik secara langkah demi langkah mengikut tertib tertentu. | Menengah Rendah |
menilai | evaluate | Menentukan nilai dalam sesuatu penyelesaian masalah matematik. | Menengah Rendah |
operasi | operation | Proses matematik yang digunakan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Contohnya, operasi asas matematik ialah tambah, tolak, darab dan bahagi. | Menengah Atas |
operasi | operation | Proses matematik yang digunakan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Tambah, tolak, darab dan bahagi ialah empat operasi asas dalam matematik. | Menengah Rendah |
kaedah cuba-cuba | trial and error method | Sebarang kaedah yang digunakan untuk menyelesaikan suatu masalah matematik berdasarkan andaian tertentu. | Menengah Rendah |
kaedah pematahbalikan | working backward method | Kaedah penyelesaian algoritma yang bermula dari peringkat hasil ke arah penyataan masalah. | Menengah Atas |