Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. lagi (dlm keadaan): pintu ~ terbuka; ia ~ muda; 2. = ~ lagi tinggal lagi: beras ~ secupak lagi; semasih ark selama (masih, belum). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
masih (kata tugas)
Bersinonim dengan sedang, tengah, lagi, terus, ketika, sementara.,

Puisi
 

Apa guna main berigot,
     Pandan muda masih berbunga;
Apa guna tuan berebut,
     Badan muda masih berguna.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Menjemur sementara hari panas.

Bermaksud :

Hendaklah berusaha sekuat-kuatnya pada ketika badan masih kuat atau ketika kesempatan masih ada. (Peribahasa lain yang sama makna: Pepatah asing: Besi ditempa selagi panas).

 

Lihat selanjutnya...(36)


Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
sifat kalis tukar tertibcommutative propertySifat operasi penambahan atau pendaraban yang membolehkan angka-angka dicampur atau didarabkan dalam sebarang tertib, tetapi masih menghasilkan jumlah yang sama. Contohnya, 5 + 4 = 4 + 5 dan 5 × 4 = 4 × 5 menunjukkan bahawa perubahan tertib 4 dan 5 masih menghasilkan jumlah yang sama.Menengah Atas
sifat kalis sekutuanassociative propertySifat operasi penambahan yang membolehkan lebih daripada dua angka dicampurkan, tetapi masih menghasilkan jumlah campuran yang sama walaupun berbeza kumpulan angkanya. Contohnya, (3 + 6) + 8 = 3 + (6 + 8).Menengah Atas
simetri putaranrotational symmetryBentuk atau imej yang apabila diputarkan kurang daripada 360° pada satu titik tetap, bentuknya masih kelihatan sama. Lihat ContohMenengah Rendah

Kembali ke atas