operasi | operation | Proses matematik yang digunakan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Contohnya, operasi asas matematik ialah tambah, tolak, darab dan bahagi. | Menengah Atas |
operasi | operation | Proses matematik yang digunakan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Tambah, tolak, darab dan bahagi ialah empat operasi asas dalam matematik. | Menengah Rendah |
deduksi | deduction | Proses membuat kesimpulan khusus daripada pernyataan umum. Contohnya, semua murid tahun satu lulus ujian matematik merupakan satu pernyataan umum. Imran murid tahun satu. Secara deduksi, dapat disimpulkan bahawa Imran lulus ujian matematik. | Menengah Atas |
ayat matematik | mathematical sentence | Ayat yang ditulis dalam bentuk nombor dan simbol. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
trigonometri | trigonometry | Cabang matematik yang mengkaji segi tiga dan hubungan antara sisi segi tiga dengan sudutnya serta penggunaannya berdasarkan fungsi-fungsi trigonometri. | Menengah Atas |
persamaan | equation | Pernyataan matematik yang menyatakan kesamaan dua ungkapan. Lihat Contoh | Menengah Atas |
algebra | algebra | Cabang matematik yang menggunakan huruf dan simbol untuk mewakili kuantiti atau nilai. | Menengah Atas |
trigonometri | trigonometry | Cabang matematik yang berkaitan dengan hubungan antara sisi segi tiga dan sudutnya serta juga penggunaannya. | Menengah Rendah |
terbit | derive | Kaedah matematik untuk membentuk sesuatu rumus. | Menengah Rendah |
kadaran | proportion | Pernyataan matematik yang menunjukkan hubungan antara dua kuantiti dalam nisbah yang sama. Contohnya, isi padu 2 botol air bersamaan dengan 3 liter, maka isi padu 4 botol air bersamaan dengan 6 liter. | Menengah Rendah |