Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.lam.bung] | ملامبوڠ

Definisi : mendatangi (menyerang, me­langgar, dll) dr samping; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.lam.bung] | ملامبوڠ

Definisi : 1. naik atau membuang ke atas tinggi-tinggi (burung terbang, bola, dll): akibat letupan itu sebuah tong telah ~ ke udara setinggi seratus kaki; 2. ki memuncak naik (harga, nasib, kegirangan, dll): harga getah telah ~ tinggi dlm tempoh itu; 3. ki memberi pujian atau sanjungan yg tinggi; setinggi­-tinggi ~ surutnya ke tanah juga prb selalu kembali ke asalnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.lam.bung] | ملامبوڠ

Definisi : 1 naik atau melantun ke atas (spt bola, perahu yg dipukul ombak dll). 2 memuncak naik (ttg harga dsb): Pd masa itu, harga getah ~ tinggi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lambung
Kata Terbitan : melambung, terlambung-lambung,

Puisi
 

Tanjung jati melambung pukat,
     Buluh perindu tidak berdahan;
Sayu hati memandang tempat,
     Hati rindu tidak tertahan.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Untung melambung,
     malang menimpa.

Bermaksud :

Mendapat kemalangan silih berganti. (Peribahasa lain yang sama makna: Tuah melambung tinggi, celaka menimpa badan).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
kesudahan yang mungkinpossible outcomeHasil tertentu yang diperoleh apabila melakukan sesuatu uji kaji atau apabila sesuatu peristiwa berlaku. Contohnya, dalam uji kaji melambung sekeping duit syiling adil, kesudahan yang mungkin sama ada permukaan 'angka' atau permukaan 'gambar' syiling berada di sebelah atas.Menengah Atas

Kembali ke atas