bina | build | Membentuk sesuatu dengan mencantumkan bahagian-bahagiannya. | Sekolah Rendah |
terbit | derive | Kaedah matematik untuk membentuk sesuatu rumus. | Menengah Rendah |
pepenjuru sekunder | secondary diagonal | Pepenjuru dalam matriks yang membentuk garis lurus bermula dari sebelah atas sudut kanan matriks hingga ke sebelah bawah sudut kiri matriks. Lihat Contoh | Menengah Atas |
digit | digit | Simbol yang digunakan atau digabungkan untuk membentuk nombor dalam sistem penomboran. 0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9 ialah 10 digit dalam sistem perpuluhan. Contohnya, nombor 124 651 mempunyai enam digit. | Menengah Atas |
digit | digit | Nombor dari 0 hingga 9 yang boleh membentuk nombor lain. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
matriks | matrix | Nombor yang disusun dalam m baris dan n lajur untuk membentuk susunan segi empat tepat. Matriks ini dikatakan matriks berperingkat m × n. Lihat Contoh | Menengah Atas |
hubungan tak linear | non-linear relation | Hubungan antara y dengan x yang tidak membentuk garis lurus (linear). Kuasa tertinggi pemboleh ubah tidak boleh sama dengan 1. Lihat Contoh | Menengah Atas |
lengan sudut | arms of angle | Dua garis yang bertemu di satu titik untuk membentuk sudut. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
sistem nombor | number system | Sistem yang terdiri daripada satu set lambang yang tertentu dan nombor-nombor yang mewakilinya disertai dengan peraturan untuk membentuk nombor yang lebih besar menggunakan simbol-simbol tersebut. | Menengah Rendah |
nombor segi tiga | triangular number | Nombor 1, 3, 6, 10, … merupakan nombor segi tiga kerana nombor-nombor tersebut merujuk kepada bilangan titik-titik yang disusun untuk membentuk segi tiga. Lihat rajah | Menengah Atas |