Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.mo.tong] | مموتوڠ

Definisi : 1. memutuskan sesuatu dgn pisau (gergaji dll), memenggal, mengerat; 2. menghiris (daging, ikan dll); 3. menebang (kayu, pokok dll); 4. menyembelih (binatang dll); 5. menggunting (rambut), memangkas; 6. menggunting (pakaian dll); 7. menuai (jagung, padi dll); 8. mengudungkan (tangan dll); 9. membedah (perut dll); 10. mengurangi (gaji, pendapatan dll); 11. memintasi (jalan, per­jalanan dll); 12. menyelang (percakapan, orang dll); 13. memendekkan (kata, nama dll); 14. menoreh (getah); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.mo.tong] | مموتوڠ

Definisi : memenggal, mengerat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.mo.tong] | مموتوڠ

Definisi : 1 memutuskan sesuatu dgn benda tajam; mengerat; memenggal: ~ kayu; ~ daging; ~ layang memotong sesuatu tipis-tipis. 2 menyembelih: ~ ayam. 3 membuat jadi berkurang; mengurangkan; memendekkan: Pihak majikan telah ~ gajinya RM60.00 kerana dia tidak datang bekerja tanpa cuti. 4 mendahului orang lain ketika berjalan dll; memintas: Jika kamu memandu kereta, jangan sekali-kali ~ di sebelah kiri. 5 menyelangi (percakapan orang); mencelah: Tidak baik ~ percakapan orang tua-tua. 6 menoreh getah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
potong
Kata Terbitan : berpotong-potong, memotong, potongan, pemotongan, pemotong,

Puisi
 

Masuk ke hutan memotong gelam,
     Hendak membuat panggang para;
Muatan sarat belayar belum,
     Baru bertiup angin utara.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Memberi lauk kepada orang membantai.

Bermaksud :

Menolong orang yang tidak perlu ditolong; berbudi kepada orang kaya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Memberi garam kepada laut, b. Membuang garam ke laut). membantai = memotong, menyembelih.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
sekansecantGaris lurus yang memotong lengkung pada dua atau lebih titik. 2. sek θ = 1 . Singkatannya ialah sek θ. kos θMenengah Atas
silangintersectPerihal dua garis yang memotong atau merentasi antara satu dengan yang lain. Lihat rajahMenengah Atas
rentasan lintangtransversalGaris lurus yang memotong satu set garisan atau sisi suatu bentuk satah dan bersilang dengan 2 atau lebih garis. Lihat rajahMenengah Atas
pintasaninterceptTitik tempat garis lurus atau lengkung memotong garis paksi.Menengah Rendah
garis bersilangintersecting linesGaris-garis yang melintasi atau memotong antara satu sama lain pada satu titik pertemuan. Lihat rajahMenengah Atas
pintasan-yy-interceptNilai y apabila garis atau lengkung memotong paksi-y. Lihat rajahMenengah Atas
pintasan-xx-interceptNilai x apabila garis atau lengkung memotong paksi-x. Lihat rajahMenengah Atas
pintasan-yy-interceptTitik tempat garis lurus atau lengkung memotong paksi-y.Menengah Rendah
pintasan-xx-interceptTitik tempat garis lurus atau lengkung memotong paksi-x.Menengah Rendah
pintasaninterceptNilai x atau nilai y apabila garis atau lengkung memotong paksi-x atau paksi-y masing-masing.Menengah Atas

Kembali ke atas